BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Salah guna bilik sewa

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Pegawai imigresen memeriksa warga asing di tapak pembinaan di Jalan Menanti.​

ALOR SETAR - Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah diibaratkan perbuatan tidak bermoral seorang wanita Indonesia di bilik sewanya di sebuah rumah kedai di Shahab Perdana, di sini.

Dalam serbuan Ops Sapu kelmarin, wanita Indonesia berkenaan antara 11 warga asing ditahan dalam operasi di tiga lokasi berasingan sekitar Alor Setar.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, 11 daripada 19 warga asing diperiksa di beberapa premis di sekitar Jalan Langgar, Jalan Menanti dan Shahab Perdana dikesan melakukan kesalahan.

"Kita menahan wanita Indonesia berkenaan di sebuah bilik sewa tingkat atas rumah kedai di Shahab Perdana yang dipercayai melakukan kegiatan tidak bermoral.

"Kegiatan berkenaan dijadikan punca pendapatan, manakala bilik sewanya pula menjadi lokasi dia melakukan aktiviti tidak bermoral tersebut," katanya.

Menurutnya, tujuh lelaki Bangladesh ditahan di premis perniagaan di Jalan Langgar, manakala selebihnya tiga lelaki Myanmar ditahan di tapak pembinaan di Jalan Menanti.

"Kesemua mereka berusia antara 20 hingga 42 didapati melakukan beberapa kesalahan termasuklah tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan melanggar syarat pas lawatan," katanya.

Dalam serbuan berasingan di Padang Mat Sirat, Langkawi, lapan warga asing berusia antara 20 hingga 27 tahun ditahan Unit Penguatkuasa Pejabat Imigresen Langkawi diketuai Penolong Pengarah Imigresen S.Ravathi Sinnathamby.

Yusri berkata, 11 warga asing ditahan di lokap Imigresen bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Anak Bukit dan lapan warga asing ditahan di lokap Imigresen, Kompleks KDN Langkawi untuk siasatan.



Source: http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/salah-guna-bilik-sewa-1.428552
 
Mana gambar wanita Indonesia tu?

Muka macam pelakon sinetron ke?

Gambar hiasan tak kena.
 
gambar pompuantu mana??nak tgk gak muka dia,kurang2 nanti klu dia cari bilik sewa lain nanti dah tau dah tujuannya,so bolelah kita reject dia dr sewa bilik yg dia nak.
 
bukan pompn tu sorang jer mcm tuh...dh byk kes dah
 
image.jpg

Pegawai imigresen memeriksa warga asing di tapak pembinaan di Jalan Menanti.​

ALOR SETAR - Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah diibaratkan perbuatan tidak bermoral seorang wanita Indonesia di bilik sewanya di sebuah rumah kedai di Shahab Perdana, di sini.

Dalam serbuan Ops Sapu kelmarin, wanita Indonesia berkenaan antara 11 warga asing ditahan dalam operasi di tiga lokasi berasingan sekitar Alor Setar.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, 11 daripada 19 warga asing diperiksa di beberapa premis di sekitar Jalan Langgar, Jalan Menanti dan Shahab Perdana dikesan melakukan kesalahan.

"Kita menahan wanita Indonesia berkenaan di sebuah bilik sewa tingkat atas rumah kedai di Shahab Perdana yang dipercayai melakukan kegiatan tidak bermoral.

"Kegiatan berkenaan dijadikan punca pendapatan, manakala bilik sewanya pula menjadi lokasi dia melakukan aktiviti tidak bermoral tersebut," katanya.

Menurutnya, tujuh lelaki Bangladesh ditahan di premis perniagaan di Jalan Langgar, manakala selebihnya tiga lelaki Myanmar ditahan di tapak pembinaan di Jalan Menanti.

"Kesemua mereka berusia antara 20 hingga 42 didapati melakukan beberapa kesalahan termasuklah tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan melanggar syarat pas lawatan," katanya.

Dalam serbuan berasingan di Padang Mat Sirat, Langkawi, lapan warga asing berusia antara 20 hingga 27 tahun ditahan Unit Penguatkuasa Pejabat Imigresen Langkawi diketuai Penolong Pengarah Imigresen S.Ravathi Sinnathamby.

Yusri berkata, 11 warga asing ditahan di lokap Imigresen bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Anak Bukit dan lapan warga asing ditahan di lokap Imigresen, Kompleks KDN Langkawi untuk siasatan.



Source: http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/salah-guna-bilik-sewa-1.428552

kena hukum masuk dlam mesin bancuh simen tu ke?
 
Back
Top
Log in Register