BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saksi yang lembab

Hidier

Legendary Member
gem
Messages
11,681
Joined
Feb 6, 2010
Messages
11,681
Reaction score
905
Points
161
Salam..

mcm dah ada..tapi sbb aku baru baca, aku post gak la.. hehe :D

--------------------------


Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.

Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)

Saksi : Kenal tuan.

Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?

Saksi : Itu gambar, tuan.

Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.

Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.

Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!

Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.

Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)

Saksi : Baru kejap tadi tuan.

Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?

Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.

Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.

Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menghentamkan pennya pada gambar tersebut)

Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.

Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)

Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)

Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?

Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.

Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG AKU BUNUH TU LAHHHHH!!!!!
 
xpasal2 krg peguam 2 yang kne dakwa..
 
saksi mcm ni la dikehendaki oleh Astro utk jd peserta program RM1000000 Money Drop.. hihih
 
saksi yang pandai.... terbokar juga yg peguam tuu yang bunuh mangsa tuu... :)
 
saksi mcm ni la dikehendaki oleh Astro utk jd peserta program RM1000000 Money Drop.. hihih

yang mana satu tasik kat perak...ade yg pi bet tasik titwangsa.:eek::eek:
 
wakakaka....

saksi ni sesuai utk kes berprofil tinggi
 
nie bukan lembab....tapi lurus bendul...

bagus org lurus bendul nie..:)) :)) :))
 
Back
Top
Log in Register