pubin
Banned
- Messages
- 6,448
- Joined
- Jul 8, 2011
- Messages
- 6,448
- Reaction score
- 51
- Points
- 70
alasan lain yang popular oleh pendusta agama adalah daripada ayat ini...
dan penjelasan kepada "menerangkan kepada umat manusia"
Rasulullah SAW boleh menambah cerita, mereka-reka?
(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata dan Kitab-kitab Suci; dan
kami pula turunkan kepadamu Al-Quran yang memberi peringatan
supaya engkau menerangkan kepada umat manusia
akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan
supaya mereka memikirkannya.
(Al-Nahl 16:44)
dan penjelasan kepada "menerangkan kepada umat manusia"
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata
berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami
“Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia “
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri
aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja
Sesungguhnya aku takut, jika aku menderhaka kepada Tuhanku, akan azab hari yang besar”
[Yunus:15]
Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah
selain daripada menyampaikan sahaja
dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.
[Al-Maidah:99]
Katakanlah lagi: ” Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah.
Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa
sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya
dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu
Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk
dan Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata”.
[An-Nur:54]
Kemudian, jika mereka masih berpaling ingkar
maka sesungguhnya engkau (wahai Muhammad)
hanya bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan cara yang jelas nyata.
[Al-Nahl:82]
Sama ada Kami perlihatkan kepadamu (wahai Muhammad)
sebahagian dari azab yang Kami janjikan untuk mereka
atau kami wafatkanmu sebelum melihatnya
maka tidaklah menjadi hal kerana tanggunganmu hanyalah menyampaikan hukum-hukum yang kami turunkan kepadamu
dan urusan Kami menghitung dan membalas amal mereka.
[Ar-R’ad:40]
Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah
Oleh itu, jika kamu berpaling, maka ketahuilah
bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan dengan jelas nyata.
[Al-Maidah:92]
Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah
maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk)
kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan dengan jelas nyata.
[At-Tagabun:12]
(Katakanlah wahai Muhammad): “Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan dari Tuhan kamu
oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya)
maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri
dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya)
maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri
Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu”.
[Al-An’am:104]
Rasulullah SAW boleh menambah cerita, mereka-reka?
Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu)
mengatakan atas nama Kami
secara dusta
sebarang kata-kata rekaan
Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami
Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya
(supaya ia mati dengan serta-merta)
[al-Haqqa:44]
result
Last edited:
