ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Kelana Jaya: "Saya memohon kepada Allah SWT diberi kekuatan melakukan ibadah selama sebulan di Makkah," kata Wan Rafee Wan Hussain, 56, yang menderita masalah tulang belakang selama 20.
Wan Rafee berkata, menjejakkan kaki ke Tanah Suci memang impian semua orang termasuk dirinya.
"Kesakitan ini bukan halangan untuk saya turut serta bersama jemaah haji lain menyempurnakan Rukun Islam kelima.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dalam keadaan begini masih diberi rezeki dan peluang menjadi tetamu di rumahNya," katanya, di Kompleks Tabung Haji di sini.
"Dalam tempoh 20 tahun ini saya hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda dan dengan ditemani isteri di sana, insya-Allah dapat memudahkan lagi pergerakan," katanya.
Katanya, mereka sudah mendaftar haji sejak 10 tahun lalu iaitu pada 2005 dan Januari lalu mereka mendapat panggilan daripada Tabung Haji (TH).
"Walaupun mengalami masalah kesihatan ini, saya sentiasa memastikan simpanan untuk ke sana mencukupi kerana pihak TH akan memanggil secara tiba-tiba setelah sampai giliran.
"Saya juga ada membawa ubat-ubatan seperti yang disarankan oleh doktor supaya ibadah haji saya dapat dilakukan sendiri dan sempurna," katanya.
Source: http://www.hmetro.com.my/node/75933
Wan Rafee berkata, menjejakkan kaki ke Tanah Suci memang impian semua orang termasuk dirinya.
"Kesakitan ini bukan halangan untuk saya turut serta bersama jemaah haji lain menyempurnakan Rukun Islam kelima.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dalam keadaan begini masih diberi rezeki dan peluang menjadi tetamu di rumahNya," katanya, di Kompleks Tabung Haji di sini.
Menurutnya, dia bersyukur kerana ditemani isteri Rohaya Abdul Wahab, 50, dan tidak keseorangan di Makkah."Dalam tempoh 20 tahun ini saya hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda dan dengan ditemani isteri di sana, insya-Allah dapat memudahkan lagi pergerakan," katanya.