BTC USD 62,068.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

saja tmbah ilmu

Disini aku ada segala jawapan dari Dr Ismail Thamby berkaitan masalah seksualiti lelaki...
 
Dalam surah An-Nissa' ayat 18 menjelaskan suami dikehendaki menggauli isteri dengan baik. Ini termasuklah dalam soal persetubuhan. Mengikut sunnah Rasulullah SAW seseorang suami yang telahpun melepaskan hajatnya dalam persetubuhan dikehendaki melayan hajat isterinya sehingga ia merasa puas. Dengan cara ini tidak akan timbul ketidakseimbangan dalam persetubuhan antara suami isteri yang boleh membawa kepada keretakan rumahtangga dan sebagainya.

Perbuatan membesarkan kemaluan dengan tujuan untuk memberi kepuasan seks kepada isteri ketika melakukan persetubuhan, tidaklah menjadi kesalahan, selagi mana perbuatan itu tidak memudaratkan si suami itu sendiri. Jika perbuatan itu memudaratkan isteri, maka hukumnya adalah haram, kerana Islam melarang seseorang mencampakkan dirinya ke lembah kebinasaan. Ini tanpa mengambil kira apa jenis alat yang digunakan untuk membesarkan kemaluan itu.

Bagaimanapun ulamak mazhab Syafii menggariskan seorang isteri yang merasa tersiksa bila bersetubuh dengan suaminya kerana alat kelamin suaminya itu terlampau besar dan membuatkan ia menderita, diharuskan menuntut fasakh. Suka dinasihatkan kepuasan rumahtangga bukanlah bergantung kepada kepuasan persetubuhan semata-mata, sebaliknya merangkumi faktor lain seperti saling faham-memahami jiwa pasangan masing-masing, sama-sama menegakkan sunnah Rasulullah SAW dan lain-lain. ~daruluman
 
Komen yang terbaikkkk... syabas
 
Dari ceramah ustaz Azhar idrus, hukum main besi@ gym. Boleh diaplikasikan dalam cerita ni

Main gym x haram,dengan syarat xda benda asing dimasukan dalam badan atau pakai dadah. Badan ketul2 terbina daripada tisu yang ada dalam badan sendiri x haram kecuali tambah benda asing seperti silikon.

begitu juga membesarkan alat sulit, x guna benda asing tambah dalam anu tu, boleh la. Ambo nak komen panjang2 pun xtau apa fungsi urut2 atau pakai pam yang boleh membesarkan anu ni.

tetapi bergantung juga pada niat. Kalau niat tak elok, jatuh hukum lain pulak.

nak lebih kepastian tanya ustaz sendiri
 
Back
Top
Log in Register