BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saintis cipta gogal perdaya minda

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
du_05.1.jpg


HIROSE (kanan) duduk di sebelah seorang penyelidik yang melihat biskut kecil yang dipegangnya kelihatan besar menerusi gogal yang dipakainya di sebuah makmal di Tokyo pada Sabtu lalu.

TOKYO - Sekumpulan penyelidik Universiti Tokyo, Jepun berjaya mencipta gogal untuk digunakan semasa diet bagi tujuan untuk menguruskan badan.

Gogal tersebut akan menyebabkan si pemakainya mendapati sekeping biskut kecil yang dipegangnya mempunyai saiz lebih besar.

Terdapat kamera pada gogal itu yang menghantar imej biskut kecil tersebut kepada komputer.

Komputer tersebut kemudian akan membesarkan imej biskut yang kecil itu.

Dalam beberapa eksperimen yang diadakan, sejumlah sukarelawan didapati berjaya mengurangkan pengambilan biskut hampir 10 peratus.

Keadaan itu berlaku kerana biskut yang dimakan mereka kelihatan 50 peratus lebih besar.

Seorang penyelidik di universiti tersebut, Profesor Michitaka Hirose berkata, teknologi itu menunjukkan komputer boleh digunakan untuk memperdayakan minda manusia.

Namun, pasukan penyelidik tersebut masih belum memutuskan untuk mengkomersialkan ciptaan mereka itu. - Agensi
 
oo nk berdiet

mmgla nampak besar tapi knyg nya tak..:D
 
problem----solutions.
problem=nak kurus.
solutions=perdayakan minda.
 
Paka google tuh xley cabut la nampaknyee..
Bile cabut terus lapar dan bukak peti ais.. Hehe
 
boleh tahan jugak konsep sistem ni.. berapa lama proses rnd ni,. :))
 
kat mate jerk nampak beso tapi bila masuk mulut tetap rasa kecik.
 
Back
Top
Log in Register