TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
KUALA LUMPUR - Perlumbaan malam yang mendebarkan kembali apabilasemua pasukan yang bertanding pada Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) berangkat ke Qatar bagi menghadapi pusingan penutup 2011 hujung minggu ini.
Ini adalah musim kedua Litar Antarabangsa Losail menjadi tuan rumah selepas pertama kali diperkenalkan dalam kalendar tahun lalu, yang menyaksikan Decha Kraisat dari Yamaha Thailand Racing dinobat sebagai juara keseluruhan SuperSports 600cc, manakala Hadi Wijaya (Kawasaki NHK Rextor Manual Tech) memenangi kategori Underbone 115cc.
Perlumbaan terakhir ini dijangka sengit dengan semua pasukan dan pelumba bakal membuat percubaan terakhir untuk membuktikan kemampuan mereka di samping berusaha memperbaiki kedudukan dalam senarai keseluruhan SuperSports 600cc dan Underbone 115cc.
Perebutan gelaran kategori Underbone 115cc bakal ditentukan di antara Rafid Topan Sucipto dan juara bertahan, Hadi Wijaya.
Topan dari pasukan Yamaha CKJ TJM Racing akan berangkat ke Qatar sebagai pendahulu dengan kutipan 211 mata hasil tujuh kemenangan dari 10 perlumbaan yang berlangsung di Malaysia, Indonesia, India, Jepun dan Zhuhai, 49 mata mengatasi Hadi yang menduduki tangga kedua dengan 162 mata.
Dengan jurang perbezaan yang besar, hanya satu mata memisahkan pelumba 17 tahun itu dari dinobatkan juara keseluruhan Underbone 115cc 2011.
Pelumba negara, Mohd. Rozaiman Mohd Said dari pasukan Motul Yamaha YY Pang kini di kedudukan ketiga dengan 79 mata.
Sementara itu, saingan kategori SuperSports 600cc tetap sengit, walaupun Katsuaki Fujiwara (Manual Tech BEET Kawasaki Racing) sudah mengesahkan gelaran juara keseluruhan di Zhuhai, Oktober lalu.
Dua pelumba Yamaha Thailand Racing, Decha serta Chalermpol Polamai pula menarik diri daripada perlumbaan minggu ini berikutan bencana banjir yang melanda Thailand.
Pertarungan sebaliknya tertumpu kepada Azlan Shah Kamaruzaman (Boon Siew Honda Racing Malaysia) yang mahu mengekalkan kedudukan tangga kedua setelah mengumpul 140 mata berbanding rakan senegara, Mohd. Zamri Baba (Petronas Yamaha Malaysia) dan Hafizh Syahrin Abdullah (Petronas Syntium Moto Yamaha Raceline) yang menduduki tangga ketiga serta keempat dengan 107 mata dan 94 mata.
Pengarah Promosi Promoter Kejuaraan Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR), Ron Hogg berkata: "Saingan minggu ini sekali lagi menyaksikan Losail menjadi tuan rumah kepada perlumbaan kemuncak musim, selepas kali pertama menganjurkannya tahun lepas.
"Kali ini peminat sukan pemotoran dapat melihat perlumbaan yang lebih sengit berbanding tahun lalu yang merupakan tahun pengenalan litar ini kepada pasukan serta pelumba."