BTC USD 95,769.0 Gold USD 2,894.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Verstappen Juara GP Qatar, Penalti Norris Tangguh Kejuaraan Mclaren

Md Hanif

Fun Poster
Messages
840
Joined
Jun 13, 2023
Messages
840
Reaction score
64
Points
25
c5f34082019e7b78e9234f729adfc63a674d3ce53dc0c

Max Verstappen daripada Red Bull meraikan kemenangan dengan trofi di podium selepas memenangi Grand Prix Qatar. -- Foto oleh REUTERS

BERLIN, 2 Dis (Bernama-dpa) -- Pemandu Red Bull Max Verstappen bangkit daripada penalti grid untuk muncul juara Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Qatar pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Namun, impian McLaren untuk memenangi kejuaraan bagi kategori pengeluar tertangguh apabila Lando Norris dikenakan penalti 10 saat, sekali gus menamatkan perlumbaan di tempat ke-10.

Verstappen, meraih kemenangan kesembilannya musim ini selepas memintas George Russell daripada pasukan Mercedes pada permulaan perlumbaan, meskipun bermula di petak kedua susulan penalti kerana memandu dengan cara berbahaya.

Norris dikenakan penalti kerana gagal memperlahankan kenderaan ketika bendera kuning dikibarkan, menyebabkan dia kehilangan tempat kedua yang sepatutnya meletakkan McLaren dalam kedudukan terbaik untuk meraih gelaran pasukan pertama sejak 1998.

Sebaliknya, Ferrari berjaya mengurangkan jurang mata daripada 30 kepada 21 menjelang perlumbaan penutup musim di Abu Dhabi minggu depan selepas Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di tempat kedua di hadapan Oscar Piastri daripada McLaren.

Masih terdapat 44 mata yang ditawarkan di Abu Dhabi.

-- BERNAMA-dpa
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register