BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saifuddin: Syor hapus caj 1% PTPTN dikaji

afwan83

Active Member
Messages
1,780
Joined
Aug 4, 2011
Messages
1,780
Reaction score
5
Points
25

Saifuddin: Syor hapus caj 1% PTPTN dikaji

WARTAWAN SINAR HARIAN
23 April 2012

SHAH ALAM - Kadar caj satu peratus yang dikenakan ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disifatkan berada pada kadar minimum dan tidak membebankan.

Bagaimanapun kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, buat masa ini, cadangan untuk menghapuskan kadar caj tersebut sedang di peringkat perbincangan.

Menurutnya, walaupun kadar caj tersebut sudah minimum, namun ia masih diteliti untuk dikurangkan lagi.

“Pada peringkat awal, para peminjam dikenakan kadar caj sebanyak empat peratus, namun ia telah diteliti dan kementerian menetapkan kadar satu peratus iaitu dengan konsep ujrah.

“Tetapi selepas beberapa tahun, peminjam baru secara automatik akan membayar semula pada kadar hanya satu peratus.

“Pengurangan ini dianggap sudah memadai namun kementerian sentiasa bersikap terbuka dalam menerima pelbagai cadangan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dengan apa yang berlaku pada hari ini, di mana mahasiswa membuat demonstrasi membantah caj tersebut, Saifuddin berkata, perkara itu sudah di peringkat perbincangan.

“Suara mereka sudah didengar dan buat masa ini kementerian sedang meneliti kadar satu peratus tersebut.

“Setiap pecahan dalam satu peratus tersebut merangkumi pelbagai aspek yang mana tidak boleh dinyatakan lagi buat masa ini.

“Namun, kementerian akan cuba mempercepatkan proses ini sebagai tanda mendengar suara anak muda ini.Tetapi, perkara ini tidak perlu dibuat secara terburu-buru kerana ia melibatkan pelbagai aspek.

“Jika mereka berani berdemo begitu lama, pasti ada sesuatu yang menebal di dalam sanubari mereka.

“Biarpun tidak bersetuju dengan tindakan mereka itu, kerana banyak saluran lain yang boleh digunakan, namun saya menghormati hak mereka kerana sudah termaktub dalam sistem demokrasi di negara ini,” katanya.

Katanya, konsep ujrah yang dikenakan kepada peminjam adalah begitu rendah berbanding membuat pinjaman menerusi bank.

Selain isu yang membabitkan kadar caj ini, Kementerian Pengajian Tinggi juga sedang mengkaji semula perubahan pinjaman PTPTN kepada bentuk biasiswa yang terhenti pada tahun 2005.


sumber


boleh ker hapus riba 1% ni?
tak bankrup ke kerajaan?:p
habis tu staf ptptn diaorg gaji nak byr dgn apa?:o
 
sapa kata ptptn jadi biasiswa utk pointer 3.5 ke atas? benda tu dah dihentikan pada 2005.
 
nak kaji ape lg..
trus kan jela potong..
 
pada awal, takde convert ke biasiswa....kemudian bila dah ramai grad (kebanyakan dapat 2nd upper n lower), ada pula bleh convert ke biasiswa....kemudian 2005, stop balik (kembali ke pada asal iaitu ko 1st class ke, 2nd class ke pe, NO CONVERT TO SCHOLAR)....

herm..... makin ramai le graduan menanggung puluhan ribu RM sebelum kerja...

even member aku ni sorang otak bijak (pathologist---DVM n Master in Pathology) pun bukan 1st class holder...

orang yang belajar kejuruteraan dan veterinar...bukan senang utk score 1st class.....

wallahua'lam
 
antara menteri yang berani bersuara... gua respek....
 
hapuskan je..xpyh nk kaji2 lg....org skg terbeban sbb tiap2 bln byr utk cover bunga je....ptptn bkn bank...so tlg la rkyt....mmg aku phm utang wajib byr, cuma bunga tu klo blh hapuskan la....
 
pada aku ptptn sepatutnya membantu, so tak perlu la ada caj 1% tu, membebankan..
 
Back
Top
Log in Register