saya orang baru tapi dah lama jadi pemerhati. nampaknya dah kecoh sangat pasal halal haram ni. walau macamana pun saya bukan nak komen pasal halal haram ni. baca banyak2 ulasan ustaz zaharuddin dan buat penilaian sendiri. saya cuma nak beri komen lama mana benda ni boleh bertahan.
saya nak buat perbandingan perniagaan internet ni dengan perniagaan kosmetik. kebanyakan kosmetik yang ada di pasaran ni sama aje. yang beza cuma packaging dan macamana dia buat marketing. kalau bungkusan dia cantik, pandai pulak jual, pas tu buat servis lepas jualan dan lain-lain strategi perniagaan dengan berkesan, rasanya bisnes tu bertahan tak? selagi dia serius dalam bisnes tu, selagi tu orang akan beli barang dia. macam tulah jugak dengan pelaburan internet. dia orang tu guna sistem yang sama,cuma nama company je lain-lain. so, kalau dia handle betul-betul, tentulah bertahan. cuba tengok sc. sama je dengan yang baru keluar ni, tapi apasal dia boleh terus bertahan.
itu, yang pertama iaitu populariti yang diperolehi daripada servis yang baik.
yang kedua pulak, dari segi kejujuran. kalau pemilik perniagaan internet tu jujur, tak timbul soal dia lari. tak timbul soal nak aniaya pakcik kat kampung. ini berkait pulak dengan soal populariti tadi. kalau populariti menurun, ramai orang tak minat dah, tak boleh nak collect duit tu yang timbul soal kejujuran. tu sebab dia lari coz dah tak cukup duit nak bagi kat orang. ini pendapat saya lah.
jadi, yang paling selamat buat pertimbangan ini;
1. jangan masuk pelaburan yang dah lama, dua tiga bulan ok
2. kalau nak cari offline, kena bagitau jelas2 risiko yang akan
dia hadapi, jangan bagi orang harapan yang tak pasti
3. jangan tamak, contoh bila dah dapat untung, dump lagi sampai
semua keuntungan dia jadikan modal. konon nak untung besar
lagi. elok2 modal dan banyak, depa lari. menyesal