BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saham Astro menjunam ke paras terendah baharu

aku masih setia dengan astro..bulanan rm20+8%sst je termasuk ceria....
1.jpg
 
Saham Astro menjunam ke paras terendah baharu

KUALA LUMPUR: Saham Astro Malaysia Holdings Bhd merosot ke paras terendah baharu hari ini, selepas pengendali televisyen berbayar itu dikenakan bil cukai tambahan sebanyak RM734.88 juta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Saham syarikat itu susut setinggi 10 peratus atau tiga sen kepada 28 sen selepas dibuka pada 29 sen pada 9.05 pagi dengan nilai dagangan pada RM1.5 bilion.

Penganalisis Kenanga Research, Kylie Chan Sze Zan, berkata liabiliti cukai tambahan itu berpotensi mengurangkan dana pemegang saham Astro sebanyak 65 peratus kepada RM434 juta daripada RM1.125 bilion pada akhir April

2024.

Katanya, ia juga mengurangkan aset ketara bersih (NTA) sebanyak 14 sen kepada -27 sen, daripada -13 sen pada akhir April 2024.

"Dengan mengandaikan penyelesaian penuh, hutang bersih dan nisbah hutang Astro pada RM3.1 bilion dan 2.1 kali pada akhir April 2024 akan meningkat kepada RM3.8 bilion dan 9.8 kali (dengan andaian hutang dinaikkan untuk membayar tambahan cukai).

"LHDN telah menyerahkan notis kepada Astro mengenai taksiran tambahan untuk 2019 hingga 2023 berjumlah RM735 juta. Astro telah diberikan 30 hari untuk merayu dan ia akan berbuat demikian. Jika perlu, ia akan memulakan prosiding undang-undang," katanya dalam satu nota penyelidikan semalam

Saham Astro telah jatuh 29 peratus setakat tahun ini, kerana syarikat itu bergelut dengan persaingan sengit daripada perkhidmatan media yang terlalu tinggi seperti Netflix, menghakis pangkalan pelanggannya.

Selanjutnya, sentimen pengguna dan perniagaan yang lemah turut mengheret pertumbuhan perbelanjaan pengiklanan Astro.

Astro merekodkan keuntungan bersih RM17 juta bagi suku pertama berakhir 30 April 2024, naik sedikit daripada keuntungan bersih RM15.89 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, penyedia isi kandungan dan hiburan itu berkata keuntungan bersih naik 14.1 peratus disebabkan oleh kos pembiayaan bersih dipacu oleh kadar pertukaran asing belum direalisasi yang lebih baik daripada liabiliti pajakan tidak dilindung.

Walau bagaimanapun, pendapatan jatuh sebanyak 9.8 peratus kepada RM772.53 juta daripada RM856.94 juta setahun lalu, disebabkan terutama oleh penurunan hasil langganan dan pengiklanan.

RHB Investment Bank dalam satu nota penyelidikan bulan lalu berkata Astro terus mempamerkan trend prestasi perolehan yang berterusan lemah menuju ke suku pertama tahun kewangan 2025 berikutan perbelanjaan yang semakin terbatas dan kekangan ekonomi.

Bank pelaburan itu berkata, keuntungan bersih Astro kelihatan terus merosot dengan keputusan suku pertama tahun kewangan 2025 hanya mencapai antara 14 hingga 15 peratus bank pelaburan itu dan juga konsensus.

Ia berkata, melihat perbelanjaan bukan keperluan terkesan dengan kos sara hidup semakin tinggi, hasil langganan televisyen jatuh kepada paras terendah.

"Kumpulan ini perlu berhadapan dengan kos kandungan yang semakin mahal susulan kekukuhan dalam nilai mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).

"Walau bagaimanapun, pihak pengurusan berkata, usaha rundingan semula untuk kos kandungan membuahkan hasil, sekali gus membolehkan penjimatan dana yang ada disalurkan untuk pembikinan kandungan tempatan di samping menawarkan harga pakej yang lebih murah," katanya dalam nota yang disediakan oleh penganalisis, Jeffrey Tan dan Cindy Lee.

Yeah marreeyyyy kito bli saham astrokkkk ekekeke 😂

Lepas tu menjunamm turun pulak trus kena stroke n kojol ekekeke 😂
 
bulanan RM20 pakej apa tu..
pakej ni dah lama keluar pada tahun 2016..astro target pakej ni untuk b40...tapi ada kuota nya....tu yang aku sambar2 cepat2 sebab ada ceria dalam pakej ni...
 
aku masih setia dengan astro..bulanan rm20+8%sst je termasuk ceria....
1.jpg
kalu astro buat pakej mcm ni pastu open kat smua org dn ada la jgk chanel2 menarik ada dlm pakej rasa org akan nak je subscribe lg.ini monthly je dah mahal pastu bukan smua chanel nak tgk..kalu dia bg pilihan kita yg pilih chanel yg kita nak lg bagus
 
tp tu la lpas ni world cup ke euro ke astro dah x mampu lg la nak bid dptkan hak penyiaraan.kalu tidak dpt la jgk tgk highlight kat youtube yg astro buat,yg sport tv buat tunjuk x habis highlight dia geram je
 
kalu astro buat pakej mcm ni pastu open kat smua org dn ada la jgk chanel2 menarik ada dlm pakej rasa org akan nak je subscribe lg.ini monthly je dah mahal pastu bukan smua chanel nak tgk..kalu dia bg pilihan kita yg pilih chanel yg kita nak lg bagus
saya beli pakej ni pun kerana anak..isnin sampai jumaat,balik sekolah jer anak saya buka ceria sampai pukul 7pm...pukul 8pm saya buka buletin utama..pastu 9 pm masuk tidur..

sabtu ahad anak saya layan yt/netflix dari pagi sampai pukul 7pm

jadi takde la rugi duit saya membayar astro...
 
tp tu la lpas ni world cup ke euro ke astro dah x mampu lg la nak bid dptkan hak penyiaraan.kalu tidak dpt la jgk tgk highlight kat youtube yg astro buat,yg sport tv buat tunjuk x habis highlight dia geram je
Kena pandai search dekat youtube.
Biasa media negara lain ada je bagi free.
 
hotstar & netflix pun x abis tengok. tv tengok buletin utama 8malam je. anak2 tengok youtube. buat apa nk ada astro?

kalau astro ni boleh short sell dah lama saya buat. tapi malangnya x boleh. hurmmm.
 
Kena pandai search dekat youtube.
Biasa media negara lain ada je bagi free.
tu yg leceh tu..nk kene cari.ade tu tgh tgk tibe2 rupenye game plak nmpak mcm real hampeh
 
Back
Top
Log in Register