ea.quality
Active Member
- Messages
- 1,034
- Joined
- Nov 21, 2011
- Messages
- 1,034
- Reaction score
- 150
- Points
- 33
21 Jun – Status pertunangan Shah Jaszle dan Redzwani Puteri mengelirukan pelbagai pihak semalam selepas ibu aktor tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Zaleha menepis dakwaan bahawa ikatan yang terjalin pada 8 Disember tahun lalu telah pun berakhir.
Dipetik daripada laporan Berita Harian, abang sulung Puteri, Redzwan Najib walaubagaimanapun mengesahkan ibu bapa mereka telah bertemu dengan keluarga Shah pada 10 Jun lalu bagi memutuskan pertunangan tersebut dan menafikan kenyataan Zaleha kononnya kedua-dua belah keluarga ingin mempertahankan hubungan itu.
"Saya mewakili kedua-dua ibu bapa mengesahkan pertunangan Puteri dan pelakon itu sudah diputuskan 10 Jun lalu. Pertemuan itu hanya membabitkan ibu bapa saya dan keluarga Shah.
"Pada malam berkenaan, keluarga saya turut memulangkan kembali dua bentuk cincin. Keluarga mereka ada merayu kepada ibu bapa saya menangguhkan hasrat itu sehingga kes mahkamah selesai, tetapi bapa tidak mahu mempunyai sebarang ikatan dengan pelakon itu lagi," ujarnya.
Shah Jaszle: 'Wanita itu ingin putuskan hubungan saya dengan tunang'
Najib turut menegaskan hubungan antara Shah dan adiknya itu tidak mungkin akan dipulihkan lagi.
"Sebarang usaha untuk memulihkan kembali hubungan adik saya dan Shah tidak akan terjadi. Kami sekeluarga tidak mahu Puteri menjalin kembali hubungan dengannya," katanya lagi.
Pelakon berusia 25 tahun itu juga dikatakan pernah merayu agar berita putus pertunangan tidak dihebahkan kepada media.
Najib membuat keputusan untuk mendedahkan perkara sebenar bagi mengelak ibu bapa mereka terus diganggu.
Turut ditanya tentang status Puteri di laman sosial Twitter yang seolah-olah menggambarkan hubungannya dan Shah masih utuh, Najib memberitahu adiknya telah memaklumkan bahawa pelakon filem "Azura 2012" itu mengetahui kata laluan akaunnya dan mencerobohinya.
Last edited:
