BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sabah terus dalam Malaysia

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Musa Aman​

TAWAU 24 Julai - Sabah akan terus kekal dan menjadi salah sebuah negeri yang membentuk Malaysia.

Demikian tegas Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang menyatakan hubungan baik sentiasa berlangsung antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan dalam membangunkan Sabah serta membela nasib rakyat.

Katanya, Sabah selama ini telah berjaya mengamalkan jalinan kerjasama baik dengan kerajaan Persekutuan dalam membentuk sebuah pentadbiran cekap.

“Kerajaan negeri menganggap hubungan baik tersebut perlu dikekalkan, malah menjadi satu pilihan terbaik kepada negeri ini untuk terus menjadi sebahagian daripada sebuah negara Malaysia berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Zon 6, di sini semalam.

Yang hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin; Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan; Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Seri Nasir Sakaran.

Mengulas lanjut, Musa menegaskan, tidak pernah timbul isu atau persoalan untuk Sabah keluar daripada gabungan negeri yang selama ini membentuk Malaysia.

Jelasnya, Sabah berasa sangat bertuah kerana berjaya mencatat pelbagai pembangunan bersama kerajaan Persekutuan sehingga hari ini, termasuk merasai nikmat keamanan dan keharmonian.

“Sehubungan itu, tidak terlintas untuk kerajaan negeri membicarakan isu atau mengusulkan salam perpisahan dengan kerajaan Persekutuan.

“Malah, saya juga merasakan perkara sama difikirkan oleh kerajaan negeri Sarawak yang mendapat banyak faedah apabila menjadi sebahagian daripada negara Malaysia,” katanya.

Tambahnya, permintaan rakyat Sabah juga sering kali didengari serta mendapat pertimbangan sewajarnya daripada kerajaan Persekutuan.

Katanya, pelbagai projek pembangunan dan prasarana berjaya dilaksanakan di negeri ini demi kepentingan rakyat, selain program kemasyarakatan berjaya diperluaskan di seluruh negeri.
 
Back
Top
Log in Register