BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sabah sah milik Malaysia

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_gal0


Kuala Klawang: Sabah adalah milik Malaysia yang sah mengikut undang-undang antarabangsa dan tidak boleh dituntut pihak lain termasuk kumpulan pengganas yang mendakwa tentera Sultan Sulu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata hak ke atas Sabah yang dulu dikenali Borneo Utara, diperoleh Syarikat Overback pada 1880-an daripada Kesultanan Sulu.
“Apabila Overback serahkan hak milik itu kepada Britain dan seterusnya diserahkan kepada Malaysia, maka segala hak mereka lupus mengikut undang-undang antarabangsa. Apa yang dibayar kepada kerabat Sultan Sulu, iaitu kira-kira RM5,000 setahun hanya wang ehsan atau sagu hati.

“Ia dibayar kepada kerabat yang didaftarkan sebagai pewaris Sultan Sulu yang disahkan Sultan Brunei dulu, bukan pihak yang menceroboh Sabah ketika ini,” katanya selepas Majlis Jalinan Kasih Bersama Warga Penjara dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, di sini, semalam.


Penjelasan terperinci

Sambil meminta Wisma Putra membuat penjelasan mengenai perkara itu secara mendalam, beliau juga menjelaskan, Sabah menyertai Malaysia secara sah berdasarkan keputusan Suruhanjaya Cobbold pada 1963 yang mendapati semua pihak di negeri itu bersetuju.
“Keputusan suruhanjaya itu menunjukkan rakyat Sabah mahu menyertai Malaysia. Jadi jelas, Sabah sah hak Malaysia dan tidak boleh dituntut mana-mana pihak atau negara lain,” katanya.

Mengikut laman web Arkib Negara, pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak.
Suruhanjaya itu dibentuk hasil rundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Britain pada November 1961.

Tujuan penubuhan suruhanjaya itu untuk meninjau pandangan penduduk di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia.

Hasil laporan suruhanjaya yang disahkan perwakilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan 80 peratus penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia yang kemudian diisytiharkan pada 16 September 1963.

Sementara itu, Rais meminta Kerajaan Filipina atas semangat ASEAN, bertindak tegas terhadap penunjuk perasaan yang membakar bendera Malaysia dan memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di depan Kedutaan Malaysia di Manila, semalam.


sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SabahsahmilikMalaysia/Article/
 
Last edited:
woi kiram sabah tu hak kami...
 
nila beza antara org yg tau undang2 ngan org yg membuta tuli..
 
klu btolkan pun,..bg sewa RM5000 jerk setahun..aku pun bley bayar sewa tuh..hahahaha
 
dalam suruhanjaya cobbold 1962 pon da tegaskan sabah n sarawak tu hak milik malaysia...
b@ng@ng lah dierg nie nak tawan bagai...
buta sejarah ke ape sbnarnye??
 
Back
Top
Log in Register