TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
KOTA KINABALU, 16 Feb -- Sejumlah 31 Projek Permulaan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan dalam Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Greater Kota Kinabalu yang akan menyaksikan impak yang tidak mungkin dapat dilupakan ke atas prestasi ekonomi dan kehidupan di Sabah.
Projek-projek, yang dikenal pasti oleh Program Makmal Koridor dan Bandar Raya Serantau, dilancarkan pada bulan Julai tahun lepas bagi membantu menyelaraskan program koridor ekonomi serantau dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika mengumumkan intipati Makmal Koridor dan Bandar Raya Serantau untuk SDC dan Greater Kota Kinabalu hari ini berkata, kesemua 31 projek, dengan sasaran pelaburan RM77.5 bilion menjelang 2020, dijangka menjana tambahan RM35.5 bilion pendapatan negara kasar.
"Projek-projek itu dijangka mewujudkan hampir 150,000 pekerjaan dan menggerakkan pertumbuhan ekonomi di Sabah kepada purata tahunan sembilan peratus," kata beliau pada majlis perasmian Hari Terbuka SDC - Program Koridor dan Bandar Raya Serantau.
Najib berkata berikutan pelarasan itu dengan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di bawah ETP, bidang fokus utama untuk SDC ialah: pembangunan dan pemodenan Kota Kinabalu untuk menjadikannya hab gaya hidup; merancakkan tarikan di Greater Kota Kinabalu, meningkatkan pergerakan dan pengalaman pengembaraan orang ramai; menggalakkan awam dan penjagaan kesihatan untuk pelancongan kesihatan; dan memperbaiki pendidikan penjagaan kanak-kanak peringkat awal.
Najib menekankan fokus bagi kesemua inisiatif termasuk Makmal Koridor dan Bandar Raya Serantau menyaksikan azam kerajaan untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhannya.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar warga Sabah menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi bagi membolehkan kerajaan meneruskan tanggungjawab besar dalam mentrasformasikan ekonomi negeri dan negara.
Najib berkata proses pembaharuan yang digelar transformasi tidak tertumpu pada projek besar sahaja tetapi turut diperturunkan nikmatnya kepada rakyat.
"Biarlah apa kita lakukan, lakukan untuk rakyat. Biarlah rakyat merasainya," katanya.
Beliau juga maklum yang SDC, yang dilancarkan pada 2008, telah bersedia untuk mencapai objektif utamanya - bukan sahaja menjadikan Sabah laluan untuk perdagangan, pelaburan dan pelancongan tetapi tempat yang moden, rancak, makmur dan harmoni untuk tinggal.
Ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam ucapannya berkata SDC telah memberikan hasil yang positif, mencapai pelaburan kumulatif RM63 bilion setakat November tahun lepas.
Pelaburan bernilai lebih RM16 bilion telah direalisasi.
Pada majlis itu, Najib turut menyerahkan Surat Tawaran Dana Pemudahan (Fasilitasi) bagi membiayai enam projek utama di bawah SDC.
Dana Pemudahan bernilai RM459.2 juta daripada kerajaan persekutuan akan disalurkan untuk membiayai Sipadan Mangrove Resort Tawau (RM49.0 juta), Loji Kuasa Geothermal di Tawau (RM35.0 juta), Pusat Teknologi & Konvensyen Antarabangsa di Penampang (RM19.9 juta), Integrated Jesselton Waterfront & Sabah International Convention Centre (RM250.0 juta), pembangunan bercampur dan Pusat Perubatan Gleneagles di Kota Kinabalu (RM47.7 juta) dan Pusat Pelancongan Bersepadu Dalit Bay di Tuaran (RM57.6 juta).
Najib turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembelian kuasa antara Sabah Electricity Sdn Bhd dan Kimanis Power Sdn Bhd untuk Kimanis membekalkan 300 MW tenaga elektrik kepada Sabah Electricity.