BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ryu Soo-young sertai "Two Weeks"

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
20110628_015931951312_0.jpg


Bintang "Ojakgyo Brothers", Ryu Soo-young bakal kembali dengan drama terbaru, "Two Weeks" di MBC.

M Wave melaporkan bahawa pelakon berusia 34 tahun itu, yang sudah hampir setahun menyepi dari sebarang drama bersiri kerana terbabit dengan rancangan variasi MBC popular, "Real Man", akan kembali dengan watak sebagai seorang detektif.

Wakil agensi naungannya, Will Entertainment memberitahu bahawa Ryu sudah pun menghadiri sesi pembacaan skrip pada 4 Jun lalu.

"Two Weeks" mengisahkan seorang lelaki bernama Jang Tae-san (lakonan Lee Joong-ki) yang telah dituduh membunuh dan terpaksa berjuang bersungguh-sungguh selama dua minggu untuk membantu anaknya yang menderita leukemia.

Ryu bakal melakonkan watak Detektif Im Seung-woo yang bekerja keras memastikan Tae-san dipenjarakan, dalam masa yang sama, terlibat dalam cinta tiga segi antara Tae-san dan In-hye (lakonan Park Ha-sun).

Bila ditanya sama ada Ryu mampu berlakon dan masih terlibat dalam "Real Man" dalam masa yang sama, wakilnya memberitahu, "Ryu terbabit dalam kedua-duanya. Mujur pihak penerbit kedua-dua rancangan sudah mempertimbangkan keadaannya. Kami akan cuba susun jadualnya agar dia tidak mengalami tekanan."

Sementara itu, Ryu pula menyatakan rasa terujanya untuk menyertai produksi drama tersebut, memandangkan ini kali pertama dia melakonkan watak seorang detektif.
 
Back
Top
Log in Register