BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rupiah Jatuh Ke Tahun Krisis 1998

Manyak teruk la ini macam..mcmne dengan graduan..yg keje pun kena vss
 
bagus ni. harap2, RM1 boleh jadi rupiah4,000 ke rupiah5,000.:)paid
 
siapa nak jadi jutawan pergi indonesia..
 
kena trade forex lebih sikit ni ternak USD
 
Rupiah sedang turun dengan nilai hampir sama pada tahun 98

DmZRt7xVAAAHO4Z.jpg
 

JAKARTA: Kejatuhan nilai rupiah Indonesia sejak Jumaat lalu tidak mencerminkan situasi ekonomi semasa republik itu.

Menteri Hal-Ehwal Ekonomi, Darmin Nasution berkata penyusutan itu adalah sesuatu yang ‘tidak masuk akal’.

Katanya, terdapat faktor luaran yang menyumbang kepada situasi itu dan kerajaan sedang melihat langkah-langkah mengatasi masalah itu.

Darmin berkata, beliau akan bertemu dengan Presiden Joko Widodo, anggota kabinet dan ketua bank pusat bagi membincangkan perkembangan itu.

Ini termasuk masalah ekonomi Argentina yang dipercayai memberikan kesan kepada pasaran selain dagangan spekulatif.

Mata wang rupiah melemah pada paras paling rendah sejak tiga tahun lalu pada Jumaat dan pada minggu ini, ia telah jatuh pada paras terendah sejak 20 tahun lalu.

Pada Selasa, rupiah mencatatkan paras 14,897 berbanding dolar Amerika Syarikat, iaitu 1.42 peratus pada paras penutup pada 30 Ogos lalu.


http://www.astroawani.com/berita-dunia/rupiah-melemah-dianggap-tidak-masuk-akal-184759
 
Back
Top
Log in Register