BTC USD 23,141.6 Gold USD 1,930.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rupiah Jatuh Ke Tahun Krisis 1998

Sponsored Post

mohdnor

Active Member
Messages
2,174
Joined
Sep 11, 2008
Messages
2,174
Reaction score
86
Points
30
sekali pergi sana dia mintak duit dollar.

Transaksi Domestik yang Mengharuskan Penggunaan Rupiah:

Peraturan BI No. 17/3/PBI/2015 mengenai Kewajiban Peggunaan Rupiah di Indonesia (Peraturan BI No. 17) mengharuskan penggunaan rupiah untuk transaksi tunai dan non-tunai (contohnya cek, bilyet giro, kartu kredit, kartu debit, kartu ATM atau yang elektronik) diadakan di dalam wilayah Indonesia. Ini mencakup:

• Setiap transaksi di Indonesia yang mempunyai tujuan pembayaran;
• Transaksi dilakukan di Indonesia untuk penyelesaian kewajiban lainnya yang harus dipenuhi dengan uang; dan/atau
• Transaksi keuangan lainnya yang dilakukan di Indonesia
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
165,657
Top Poster #7
Joined
Jan 13, 2009
Messages
165,657
Reaction score
22,720
Points
1,831
Awards
1
Ekonomi Indonesia merosot ke tahap 2 tahun terendah

EImdplVUwAAYkVb


JAKARTA: Pertumbuhan ekonomi Indonesia merosot ke tahap paling lemah dalam tempoh dua tahun, dengan kebanyakannya menepati jangkaan, menurut data yang dikeluarkan hari in
i.

Ia sekali gus menandakan lebih banyak rangsangan monetari dan fiskal dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk meransang permintaan yang terkesan akibat kelembapan ekonomi global.

Produk domestik kasar naik 5.02 peratus dalam tempoh tiga bulan berakhir September daripada suku tahun lalu, kadar paling lemah sejak suku kedua 2017, lapor biro statistik.

Angka ini menghampiri paras pertumbuhan 5.01 peratus yang dijangka dalam tinjauan Reuters.

Walaupun Indonesia - ekonomi terbesar di Asia Tenggara - lebih bergantung pada permintaan domestik, pertumbuhannya juga terkesan oleh kelembapan perdagangan global apabila pertikaian tarif antara Amerika Syarikat (AS) dan China menjejaskan eksportnya.

Ia menyebabkan sentimen pengguna dan penggunaan domestik secara keseluruhan turut terkesan.

Beberapa ahli ekonomi berkata, data menunjukkan keperluan untuk rangsangan fiskal dan monetari.

“Kami fikir penggubal dasar akan menggunakan segala instrumen yang mungkin untuk menyokong pertumbuhan,” kata pakar ekonomi Bank Danamon, Wisnu Wardana.

Bank Indonesia (BI) menurunkan kadar faedah sebanyak empat kali dengan jumlah 100 mata asas sejak Julai dan dijangka diturunkan lagi dalam beberapa bulan akan datang.

Penganalisis ANZ berkata, sementara data berkenaan menyokong jangkaan pelonggaran monetari selanjutnya, pertumbuhan KDNK dijangka kekal 5.0 peratus tanpa kenaikan harga komoditi atau pertumbuhan global.

Nilai tukaran rupiah sedikit meningkat selepas data itu - daripada 14,020 dolar kepada 14,005 pada 0600 GMT.

Indeks saham utama naik kepada 6,219 sebelum rehat tengah hari, daripada 6,201 menjelang pengumuman itu. - Reuters

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
394,691
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
394,691
Reaction score
26,624
Points
2,836
Awards
2
aku kalu nak travel indonesia nih.. risau lerrr...
kena plop dok share video... org muslim selamba jaa masak bakso babi...
kalu thailand senang.. tgk muka kita bleh tau daa org siam..
ni org indonesia.. serumpun ngan kita muka lebih kurang.. pakai songkok plop..
bleh wat kompius nih hahah

Aaa
G makan paspud je la sobat
Tu pom kalu ye masok ikut SOP la 😀
 
Sponsored Post

Top
Log in Register