BTC USD 60,934.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah terbuka PM, menteri raya pertama

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama jemaah menteri mengadakan rumah terbuka Aidilfitri pada raya pertama bertempat di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini dari 11.30 pagi hingga 5 petang.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri semalam, bagi memastikan kelancaran trafik, orang ramai turut dinasihatkan menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra disediakan secara percuma. Sebanyak 16 bas disediakan dari 10.30 pagi hingga 6 petang di empat lokasi, iaitu berdepan Sekolah Menengah Alam Shah, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Putrajaya Sentral. Kenyataan itu menambah, sekiranya hari raya jatuh pada Jumaat, Perdana Menteri bersama menteri Kabinet beragama Islam akan meninggalkan majlis pada 1 hingga 2 petang untuk solat Jumaat.

Perkhidmatan bas juga akan disediakan bagi umat Islam lain yang hadir di rumah terbuka berkenaan untuk menunaikan solat Jumaat.

Pada 18 September, Najib selaku Ahli Parlimen Pekan akan mengadakan rumah terbuka di Pekan dari 10 pagi hingga 2 petang.
 
pak2 indon n bangla jela pegi...
org2 melayu cbuk ngn fmily masing2 kt kmpung..
 
guna duit sape yek wt majlis nie???
 
Ade peruntukan keraian. kalau nak jadi le PM
 
Back
Top
Log in Register