BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Rumah terbakar angkara sihir

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Rumah terbakar angkara sihir

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

... وَلَا يُفْلِحُ السّٰحِرُ حَيْثُ اَتٰى

""... sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada"."
(To-Ha 20: Ayat 69)

Semoga Allah melaknat pelaku sihir & yang mengupahnya.

 
Rumah terbakar angkara sihir

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

... وَلَا يُفْلِحُ السّٰحِرُ حَيْثُ اَتٰى

""... sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada"."
(To-Ha 20: Ayat 69)

Semoga Allah melaknat pelaku sihir & yang mengupahnya.



Cerita Sebenar

Bomba Ingat Kebakaran, Rupanya Bomoh Muda Sedang Buat Ritual Sihir Dalam Rumah


Seorang bomoh berusia 25 tahun telah ditahan pihak berkuasa selepas pihak bomba bergegas ke lokasi berkenaan yang menerima panggilan kebakaran daripada penduduk setempat. Ketika tiba di lokasi tersebut, kebakaran itu berpunca daripada lelaki berkenaan yang sedang menjalankan ‘ritual’ sihir pemisah. Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Akhi Ahmad Reedha, gambar-gambar mangsa bomoh ini dapat dilihat bertaburan di atas lantai.

Difahamkan bomoh ini hanya ‘berniaga’ secara dalam talian sahaja. Gambar mangsa cuma dicetak keluar dengan printer dan ditulis nombor pada setiap gambar. Perbuatan syirik seperti ini dilarang dalam agama Islam dan berdosa besar bagi pelakunya. Perkembangan lanjut berkenaan kes ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Cahaya api yang disangka akibat kebakaran berjaya membongkar kegiatan seorang lelaki yang dipercayai melakukan aktiviti pemujaan di sebuah unit kediaman di Persiaran Bukit Gambir, Gelugor di sini. Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 1.55 pagi Selasa lepas. Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan berhubung kehadiran cahaya seperti kebakaran di tingkat 31 bangunan tersebut.

Menurut kenyatan itu, pihak bomba menerima laporan daripada penduduk di situ yang memaklumkan ternampak cahaya seperti api yang menyangka berlaku kebakaran lalu segera menghubungi bomba. Sebaik tiba di unit kediaman berkenaan pihak bomba mendapati tiada sebarang kebakaran yang berlaku. Bagaimanapun, pemeriksaan bersama polis di situ mendapati bau asap dari rumah tersebut dan bomba membuka pintu dengan peralatan khas menyelamat.

"Sebaik pintu dibuka, terdapat seorang lelaki berumur 23 tahun disyaki sedang melakukan aktiviti pemujaan dan tiada sebarang kebakaran," kata kenyataan itu pada Sabtu.

Kes berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Semasa operasi itu, pihak berkuasa turut menemui pelbagai peralatan bagi aktiviti pemujaan seperti patung dan lilin serta beberapa gambar pasangan dipercayai bagi ritual berkenaan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. Sementara itu, video dan gambar dipercayai dirakam dari unit berdekatan yang memaparkan tindakan seorang lelaki seolah-olah sedang melakukan pemujaan dalam cahaya api tular di media sosial hari ini.

 
Last edited:
belum ada lg seksyen utk kesalahan sihir ni ..nk caj bwh apa agaknya? pembakaran terbuka? perbuatan khianat?
 
Hukuman bunuh haruslah di laksankan ke atas ahli sihir di Malaysia
AF95-D424-A84-E-4-BCA-9157-2-CEA201-F0527.jpg
 
puja_1624709281.jpg


Cahaya api bongkar aktiviti pemujaan​


GEORGETOWN: Aktiviti pemujaan oleh seorang lelaki terbongkar selepas orang awam membuat aduan terlihat cahaya api di tingkat 31 sebuah kondominium di Persiaran Bukit Gambir, Gelugor, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.55 pagi, Selasa lalu dan

anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak ke lokasi sejurus menerima panggilan.

Namun, katanya, sebaik bomba tiba, didapati tidak berlaku kebakaran sebaliknya cahaya api berkenaan tercetus akibat aktiviti pemujaan.

"Ketika bomba tiba, terdapat bau asap namun tiada kebakaran berlaku dan anggota membuka pintu menggunakan peralatan khas.

"Didapati seorang lelaki berusia 23 tahun sedang melakukan aktiviti pemujaan di dalam rumah itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Lelaki terbabit diserah kepada polis bagi tindakan lanjut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

"Ya, polis ada terima laporan berkenaan," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Kegiatan lelaki berkenaan turut tular di media sosial dan mendapat pelbagai maklum balas daripada warga maya.
 
Back
Top
Log in Register