BasicCX
Super Active Member
- Messages
- 6,223
- Joined
- Sep 8, 2008
- Messages
- 6,223
- Reaction score
- 172
- Points
- 73
Rumah PM dilempar najis
BANGKOK: Kediaman Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva dilempar dengan beberapa plastik berisi najis manusia, semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban mendakwa tindakan itu dilakukan kumpulan Baju Merah, penyokong bekas PM Thai, Thaksin Shinawatra yang sebelum ini mengumumkan pelan mengadakan demonstrasi anti-kerajaan dalam tempoh terdekat.
“Berdasarkan penilaian terhadap situasi semasa, saya percaya insiden ini dilakukan anggota Baju Merah. “Saya mengarahkan polis meningkatkan kawalan keselamatan terhadap individu penting negara,” kata Suthep.
Polis mengesahkan beberapa plastik berisi najis dilempar melangkaui dinding pagar ke dalam perkarangan kediaman PM.
Abhisit bagaimanapun menyatakan, keluarganya tidak berasa bimbang dengan insiden itu.
Baju Merah merancang mengadakan demonstrasi baru bulan ini sebelum mahkamah memutuskan aset Thaksin bernilai AS$2.2 bilion (RM7.514 bilion) yang dibekukan sejak 2006 boleh dirampas. - AFP