BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah menteri kena rompak

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
KUALA LUMPUR - Tiga lelaki merompak rumah seorang menteri di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara di sini, semalam.

Mereka yang menaiki kereta Proton Waja, dipercayai melarikan beberapa komputer riba dan jam tangan dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

Beliau berkata, ketika kejadian, menteri berkenaan dan isterinya tiada di rumah.

"Suspek dipercayai memanjat tembok di tepi pagar dan masuk ke rumah menerusi pintu depan yang tidak berkunci.

"Pembantu rumah menyedari kehadiran perompak apabila melihat pintu depan terbuka tetapi dia tidak berani menentang mereka,” katanya di sini, hari ini.

Ku berkata, pembantu rumah itu juga sempat melihat suspek menyelongkar bilik utama sebelum mereka melarikan diri.

Jumlah kerugian masih disiasat, katanya. - Bernama




http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0630&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm
 
biasa la tu...jiran aku pn rumah di masuki pencuri..rumah kampung je pn.. nasib baik tak kena pukul.
 
dah org gaji ada
nak kunci wat apa lagi

mungkin dia dok ulang alik masuk pintu tu
nak kemas2 rumah ker...siram pokok ker.. :)

bukan apa, ari tu ada satu kes rumah menteri kena masuk..
duit 2 guni hilang...report polis cakap hilang laptop jer..:)):))
 
elok gak sekali sekala kena kt menteri pulak...

baru tau malaysia ni selamat ke tak...
 
indon ni mmg suka kereta waja la kan..klo ada kes mesti waja
 
Back
Top
Log in Register