BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah Lego pertama di dunia

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
du_07.1.jpg

BEBERAPA orang melihat rumah yang dibina dengan menggunakan peralatan permainan Lego.

DORKING, England - Hos program pemotoran di televisyen, Top Gear, James May (gambar kecil) berjanji akan tinggal dalam sebuah rumah yang dibina dengan menggunakan peralatan permainan Lego, lapor sebuah akhbar semalam.

Rumah itu yang terletak di Estet Denbies Wine di sini, England dijangka siap dibina pada hujung minggu ini.

"Saya akan tinggal di rumah itu selama dua atau tiga hari,," kata May.

Jika siap dibina, ia merupakan rumah Lego pertama di dunia.

Menurutnya, idea untuk membina rumah itu muncul semasa dia dan beberapa rakan sekerjanya sedang minum bersama dan berbincang apa yang mereka mahu bina ketika di zaman kanak-kanak.

Orang ramai turut terlibat pada peringkat awal pembinaan rumah itu sebelum kerja pembinaannya diambil alih oleh pekerja-pekerja profesional dengan menggunakan lebih dua juta blok Lego. - Agensi
 
jimat tak kalau aku wat umah pakai lego nieh???nak wat rumah lego pertama kat mesia.......hehehehee
 
lego tu dia gam je ke kat papan atau memang lego pasang satu2
 
kukuh ker structure, tak cayer la.
 
kalo kena dengan design yg betul2 ikut hukum fizik memang kukuh ni...lego pun pun mcm cap ayam punya lego...lego original dia punya lekat boleh tahan kuat...
 
Back
Top
Log in Register