lempeng
Fun Poster
- Messages
- 338
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 338
- Reaction score
- 76
- Points
- 20
Memang aku baru nak berforum balik. Tapi dalam jangkamasa yang amat singkat aku dah tau...aku dah tau segelintir orang2 yg masuk baca kat forum ni niat dan hati dia buruk...korang just masuk sini sebab nak ambik idea cerita, gaya bahasa lepas tu instead of sumbang apa2 kat dalam forum ni korang cedok/create, letak cerita kat tempat korang kan... contoh macamm...fiksyen shasha kan...tu baru satu aku sebut..
Rumah Lama Kami...
Kami pernah tinggal di sebuah rumah lama jenis binaan berbentuk ‘Victorian’ yang dibina sekitar akhir tahun 1800-an atau awal 1900-an. Aku sendiri tidak percaya dengan hantu, tetapi adik percaya dan mendakwa sering ternampak benda atau kelibat.
Semuanya bermula pada suatu malam ketika kami sekeluarga sedang makan malam, kami terdengar bunyi tangga berkeriut dan derap langkah kaki orang berjalan perlahan2. Mata adik tiba-tiba terbeliak dan kosong. Dia mula menangis teresak-esak dan bercakap tentang bagaimana dia boleh "melihat perempuan itu" dan "dia cuba masuk."
Kami semua terkejut, tetapi adik aku ni memang sejenis yang mudah panik, jadi kami fikir mungkin itu hanya perasaan dia semata-mata. Selepas kejadian itu, adik tidak ingat apa-apa kecuali perasaan ketakutan yang amat sangat pada masa itu.
Beberapa hari selepas itu, kami terdengar beberapa bunyi dentuman kuat. Adik meletakkan semua patung dan barang hiasan kecilnya di ambang tingkap, dan ada sesuatu telah menjatuhkan semuanya dengan cara seperti jatuhan domino semasa dia sedang tidur. Sejak itu, dia tidur di katil aku, dengan pintu tertutup, tetapi seringkali kami mendengar bunyi ketukan dari luar pintu.
Pada suatu ketika, kami membiarkan pintu terbuka, dan aku terjaga sebab rasa macam ada sesuatu yang tidur di sebelah. Aku fikir ia anjing aku yang sibuk naik katil nak tidur, tetapi apabila aku menoleh, tidak ada apa-apa, hanya lekukan pada katil seolah-olah seseorang sedang berbaring. Apa lagi, aku pun tolak benda itu dan lekukan itu hilang begitu sahaja.
Beberapa orang tetamu yang datang bermalam di rumah kami mendakwa ada seorang budak perempuan kecil masuk ke bilik dan tidur sekali atas katil mereka. Ada yang siap bertanya lagi sama ada salah seorang daripada kami berdua datang tidur di katil mereka.
Selepas kejadian2 ini, kami memutuskan untuk menyelidik sejarah rumah tersebut, dan ternyata ada kes orang mati kena bunuh kat situ - seorang budak perempuan telah dibunuh dengan kejam oleh seorang lelaki yang pernah tinggal di rumah itu pada awal tahun 1900-an.
Beberapa hari sebelum kami berpindah keluar (atas sebab yang tidak berkaitan), aku naik ke bilik untuk mengambil kotak-kotak. Tiba-tiba aku melihat bayangan aneh dan mendengar suara yang jelas seperti suara aku sendiri berkata, "Sakit..sakit.., suruh mereka pergi, bunuh mereka," dan kata-kata lain yang lebih kurang sama seperti itu. Aku balas balik dengan berkata "Tak apa, semua sudah berakhir" lepas tu cabut lari turun tangga.
Ada sekali tu masa aku berumur 9 tahun, aku tengah demam teruk dan rasa tak selesa sukar nak tidur. Katil berada di tengah2 mengadap meja dan rak buku. Atas rak buku tu disusun dengan patung2 haiwan dalam 7 ketul macam tu. Akak sepupu yang berumur 13 tahun ketika itu pula tengah tidur kat atas lantai dalam beg tidur.
Dalam pada sedang melayan mata nak tidur tu, aku saja dok perati sekitar bilik, dan ternampak patung2 haiwan tu bergerak2 macam sedang berbual2… sebab aku tengok kepala diorang bergerak perlahan2 senget ke kanan ke kiri dan dongak ke atas ke bawah.
Aku tak rasa takut pulak sebab aku tengok macam hiburan persembahan anak patung yang selalu aku tengok. Diorang tak buat apa2 bunyi pun, dan dekat 15 minit macam tu, aku pi tanya kat diorang – “Apa je yang korang borakkan tu?” Dan tup-tup pergerakan patung2 tu semua terus berhenti. Lama aku tunggu sampai akhirnya aku tertidur.
Sekarang aku dah berumur 22 tahun. Selama ni aku anggap peristiwa malam tu sekadar mimpi dan halusinasi masa tengah mamai demam. Tapi masa kami berborak pasal rumah angker tu, tiba2 akak sepupu aku yang tidur kat atas lantai pada malam tu tanya aku sama ada aku ingat lagi akan ‘perempuan’ yang datang masuk bilik pastu bermain2 dengan anak2 patung aku tu buat ala-ala ‘puppet show’. Akak sepupu aku cakap lagi yang dia pun masa tu tak rasa takut pun pastu tertidur jugak.
Kitorang tak rasa pengalaman tu menakutkan tapi lebih kepada rasa pelik…
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Last edited: