eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KANGAR - Hampir 50 ekor haiwan liar dipelihara di sebuah rumah yang dijadikan 'zoo mini' yang diserbu oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sini semalam.
Dalam operasi kira-kira pukul 11.10 pagi di sebuah rumah tidak bernombor di Batu 7, Simpang Empat dekat sini, Perhilitan merampas 14 haiwan ekoran pemiliknya tidak mempunyai permit.
Antara yang dirampas iaitu seekor kucing batu, burung matahari, burung daun, burung merbau luris leher dan sepuluh ekor burung murai batu.
Bagaimanapun, selebihnya iaitu 10 ekor ular tedung selar, 10 ular sawa dan 10 ular senduk tidak dirampas kerana pemiliknya mempunyai lesen yang sah.
Pengarah Perhilitan Perlis, Mohd. Desa Puteh berkata, pemiliknya merupakan seorang ahli perniagaan lelaki berusia 57 tahun. Pada tahun 2005 dia pernah didakwa atas kesalahan memiliki burung dan ular tanpa permit.
Menurut beliau, spesies kucing batu milik lelaki itu dipercayai dipeliharanya sejak kecil kerana ia sangat jinak dengan isteri lelaki berkenaan sehingga boleh dibelai dengan tangan.
Mengulas mengenai nasib binatang-binatang yang dirampas tersebut, katanya, Perhilitan akan mendapatkan perintah daripada Mahkamah Majistret Kangar agar semua burung itu dilepaskan ke habitat asal manakala kucing batu berkenaan akan dihantar ke Zoo Melaka untuk pemuliharaan.
Pemilik itu tidak ditahan namun Perhilitan akan mengenakan tindakan undang-undang ke atas suspek selepas mendapat nasihat daripada Timbalan Pendakwa Raya.

Attachments
-
49.5 KB Views: 123