Selamat ke atas kamu semua...
saya nak tanya la pendapat geng2 CG yg berpengaloman...
ceritonye begini...
rumah yg sy duduk ni adalah dikongsi oleh 3 orang bujang dan sorang lagi dah berkawen,...
3 orang bujang tersebut adalah:
-aku sewa satu bilik..
-pemilik rumah.. - Faiz
-member pemilik rumah (tido di luar) -- Haziq
yg dah kawen (seorang tu namanya Khairul, sewa bilik paling kecil) amatlah jarang stay di rumah sewa tu sebabnya dia mai sewa bilik di rumah tu kerana dekat dgn tempat kerja, senang simpan barang ataupun tido utk sementara...
------------------------------
al kisahnya
hujung minggu lepas, saya tak tidur di rumah sewa tersebut, saya tidur di rumah abg saya....
Faiz pulak balik ke kampung....dia tak kerja (kerja dia kutip duit sewa je)...
Haziq pulak memang biasanya ada kat rumah waktu tak bekerja..
yang dah kawen tu, tak boleh agak bila dia di rumah (selalunya memang takde kat rumah la, lagipon dia baru je menyewa, dalam seminggu)
so, hari ahad malam, saya balik rumah sewa..
sampai je depan rumah tengok mangga takde,, pintu tak berkunci..
so saya anggap ade orang la dalam rumah tu...
tapi bukak je pintu,, gelap gelita,sunyi sepi, dan menyeramkan...
biasanya ade la jugak bunyi movie laptop walaupun pukul 1 pagi..
saya masuk, bukak lampu....tengok semua orang takde...
biasanya Haziq tinggal laptopnya di ruang tamu...
tapi kali ni laptop tu takde..
rasa agak hairan la...saya dah syak ade orang masuk...tapi saya buat tak tahu je...
keesokan hari, saya kerja...pukul 10 malam saya balik kerja (kononnya kerja kuat, padahal main game di tempat kerja),, saya balik, masuk rumah,, semua orang takde... orang lain tu tak kisah....yang peliknya si haziq ni, ke mana dia pergi..sebab biasanya dia ada di rumah....
so macam biasa, saya buat tak tahu....
keesokannya sekali lagi...saya balik pukul 10 malam...
haziq ada....
haziq pun tanya "sam, ko ada nampak tak laptop aku?"
lepas tu baru la dapat tahu yg laptop dia kena curi...
dia takde kat rumah sebab balik kampung..balik kampung pulak senyap2 tak bagitahu langsung kat aku...
so, maknanya memang betol la ada orang masuk rumah dan curi laptop dia...
oleh kerana aku ni pun baru juga menyewa bilik di rumah tu, cara Haziq bercakap dgn aku tu seolah-olah dia menuduh aku mencuri....
dia tak cakap direct la...tapi memang dia syak aku curi..
aku cakap kat dia "ari isnin pagi aku balek rumah tgk mangga takde, pintu tak berkunci".. (aku pun tak tahu kenapa aku menipu, padahal aku balik ahad malam,, tapi ada hikmahnya)
dia balas "aik, pelik jugak tu sebab aku balik kampung ari isnin pagi, dan aku kunci pintu tu..."
padahal aku tahu isnin pagi tu memang dia takde kat rumah.....
dia putar belitkan cerita sbb dia nak aku ngaku aku yg curi....
hakikatnya aku tak bersalah...
oleh kerana dia tak habis2 buat ayat yg menuduh aku, aku pun last2 buat tak tahu je....
kalau korang, apakah yang anda buat bila dituduh??
atau
kalau korang jadi mangsa curi tu, adakah korang juga akan buat ayat menuduh seseorang? kah3 kih3 huhuhhuhuhuhu
p/s: pencuri tak pecah masuk bilik, dia hanya ambik barang berharga di ruang tamu...