TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
KAJANG 7 Jan. - Kira-kira 10 tahun yang lalu, pekan Semenyih di sini hanyalah* sebuah kawasan kecil yang jauh daripada kesesakan lalu lintas.
Hari ini suasananya sangat jauh berubah. Jalan raya sesak dan kereta merangkak keluar dari pekan ini adalah senario biasa pada waktu pagi dan petang.
Pembinaan perumahan pula semakin rancak dan paling ketara adalah projek-projek pembinaan rumah mewah yang semakin bertambah saban tahun.
Malangnya, kewujudan rumah yang tinggi harganya itu meletakkan penduduk Semenyih dalam dilema.
Sebelum ini agak mudah mencari rumah di bawah RM130,000 di kawasan ini, namun kini harga rumah kebanyakannya bermula dari RM300,000 hingga RM500,000.
Difahamkan, terdapat lapan projek perumahan bersaiz besar dengan* harga yang tinggi di kawasan itu pada masa ini.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz berkata, kebanyakan* pemaju lebih gemar membina perumahan mewah termasuk bernilai jutaan ringgit sehingga tidak mampu dibeli golongan berpendapatan sederhana.
Ujarnya, trend itu akan menyebabkan sebahagian besar penduduk terutama orang Melayu* terpinggir.
“Sebelum ini, cara pembangunan amat berbeza kerana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor* (PKNS) lebih* mengutamakan** penyediaan* perumahan mampu milik.
“Malangnya, pada masa ini, saya tidak nampak satu pun perumahan oleh kerajaan negeri sebaliknya yang ada cuma ‘rumah mampu tengok’ yang mahal harganya,”* katanya.
Sehubungan itu, beliau mememinta Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali melihat semula pembinaan perumahan berskala besar yang perlu diseimbangkan* dengan rumah kos rendah dan sederhana.
“Beliau dilihat gagal menyediakan sebanyak 15,000 unit rumah yang dijanjikan malah semakin banyak projek perumahan mewah yang dibina,” katanya.
Beliau berkata, di*anggarkan tidak sam*pai 20 peratus go*longan Bumipu*te*ra membeli perumahan mewah di Semenyih.
“Saya kesal kerana ada pemaju yang mengabaikan rumah kos rendah. Semasa pelancaran projek mereka janji akan dirikan pangsapuri tetapi hakikatnya rumah mewah diutamakan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wil...i-semenyih-mahal-1.45608#sthash.WjJMZwJc.dpuf