BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah dalam hutan diroboh

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Anggota penguat kuasa menjalankan kerja perobohan.​

SELAYANG - Sebuah penempatan warga asing tersorok di balik hutan berhampiran sebuah projek perumahan di Taman Tampler di sini dimusnahkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam operasi yang dijalankan semalam.

Timbalan Yang Dipertua MPS, Juhari Ahmad berkata, dianggarkan sebanyak 40 unit rumah setinggan diduduki sejak setahun lalu dikenakan tindakan selepas notis pengosongan dua minggu lepas tidak diberi perhatian.

Menurutnya, difahamkan warga asing yang tinggal di situ terdiri dari buruh binaan kawasan berhampiran dan juga bekerja di luar.

"Terdapat laluan dibuat mereka untuk ke jalan utama untuk mendapatkan perkhidmatan bas. Penempatan mereka dimusnahkan atas tujuan keselamatan selain salah guna rizab sungai dan talian TNB.

"Dianggarkan penempatan tersebut diduduki lebih seratus orang termasuk yang telah berkeluarga lengkap kemudahan api dan air, tempat memasak, set televisyen dan piring Astro.

"Pemeriksaan dalam unit menemui pasport memasuki negara menggunakan pas sosial yang tempohnya tamat selepas tiga bulan dan bukannya sebagai pekerja," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan juga mendapati warga asing berkenaan menyimpan senjata tajam, namun tidak dapat dipastikan untuk aktiviti jenayah atau keselamatan.

"Penempatan mereka menjejaskan persekitaran kerana saluran kumbahan dalam tandas dilepaskan ke dalam sungai. Mereka juga membela ayam dan kambing di kawasan tersebut.

"Penguatkuasaan adalah di bawah Akta 133 kerana mendirikan struktur tanpa kebenaran. Operasi dilakukan tanpa agensi luar dan tiada tangkapan dibuat melibatkan warga asing berkenaan," katanya.

Sebanyak 40 anggota terlibat dalam operasi bermula jam 9 pagi dan berakhir dua jam kemudian.
 
Back
Top
Log in Register