BTC USD 83,561.3 Gold USD 4,186.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help Rumah bau setanggi

iamloco

Super Active Member
Messages
9,813
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,813
Reaction score
115
Points
73
Salam ahli2 CG semua. Nak tanya pendapat/tips daripada siapa2 yang berpengalaman.

Rumah saya sebelum ni telah disewakan kepada orang bukan Islam selama 2 tahun. Lepas tamat tempoh sewa, saya pergi inspect rumah dan masuk2 je memang kuat bau setanggi. Bau paling kuat ialah di salah satu bilik, saya suspek bilik tu yang dijadikan bilik "sembahyang". Saya dah cuba cat balik bilik tu sampai ke siling pun cat, tapi bau masih tak kurang.

Sesiapa ada tips?
 
letak daun pandan bebanyak.. biar utk beberapa tempoh.. try tgk caner... xleh gak.. sembur ridsect ke... just bg idea jerk...

Setuju ni,bleh try,daun pandan tu potong banyak², buat bnyk kali..cth minggu ni buat,dh kering,sapu dan mgu dpn salin baru...murah kaedah ni..
 
Petua dari kawan ejen rumah.....

Baking soda - bubuh dalam piring dan biarkan dalam bilik. Sebabnya baking soda sedut acid di udara yang sebabkan bau, dan hasilkan co2

Serbuk kopi - amik stokin wanita yang macam jaring tu, potong jadi beberapa keping, masukkan serbuk kopi dalam setiap keping, ikat hujung2nya dan letakkan serata bilik.
 
Petua dari kawan ejen rumah.....

Baking soda - bubuh dalam piring dan biarkan dalam bilik. Sebabnya baking soda sedut acid di udara yang sebabkan bau, dan hasilkan co2

Serbuk kopi - amik stokin wanita yang macam jaring tu, potong jadi beberapa keping, masukkan serbuk kopi dalam setiap keping, ikat hujung2nya dan letakkan serata bilik.
Bau setangi yg org india punya ni memang boleh meletak kat dinding macam narkotin dlm asap rokok
 
Salam ahli2 CG semua. Nak tanya pendapat/tips daripada siapa2 yang berpengalaman.

Rumah saya sebelum ni telah disewakan kepada orang bukan Islam selama 2 tahun. Lepas tamat tempoh sewa, saya pergi inspect rumah dan masuk2 je memang kuat bau setanggi. Bau paling kuat ialah di salah satu bilik, saya suspek bilik tu yang dijadikan bilik "sembahyang". Saya dah cuba cat balik bilik tu sampai ke siling pun cat, tapi bau masih tak kurang.

Sesiapa ada tips?



Tak Sangka CUKA & SODA PENAIK Boleh Hilangkan Bau Kurang Menyenangkan Dalam Bilik Tidur!

Menjijikkan-Belakang-rumah-pun-91-696x365.jpg



Bilik tidur yang menyenangkan serta nyaman adalah yang dihias cantik, bersih dan sesuai dengan keperluan. Tetapi bagaimana kalau ada bau yang kurang menyenangkan? Cantik macam mana sekalipun bilik tidur kalau ada bau yang mengganggu kenyamanan pun tiada gunanya.
Anda pasti akan rasa selesa kalau bilik tidur sentiasa dalam keadaan wangi. Cara ini boleh anda terapkan di bilik tidur.
​
JAGA KEBERSIHAN
Membersihkan ruang bilik tidur seharusnya dibuat setiap hari. Habuk bukan saja mudah masuk ke dalam rumah malah dari pakaian yang digunakan ketika keluar. Selain itu, gantikan sarung bantal, selimut dan langsir sekerap yang mungkin.

BUKA TINGKAP
Buka tingkap pada setiap pagi agar udara segar dapat masuk ke dalam rumah. Selain dapat menjaga aliran udara segar di dalam bilik tidur agar tidak berbau ‘kepam’ ia juga memberikan keselesaan. Cahaya matahari juga bebas masuk melalui tingkap sekaligus mengurangkan risiko bilik tidur berada dalam keadaan lembap.

JANGAN LONGGOK PAKAIAN KOTOR
Kadangkala bau hapak dalam bilik tidur berpunca daripada pakaian kotor yang dilonggokan di satu sudut. Peluh daripada aktiviti seharian yang melekat pada pakaian mengundang bau yang kurang menyenangkan. Sebaiknya cuci pakaian itu segera atau letakkan di ruang mencuci atau mesin basuh.

BERSIHKAN BAKUL SAMPAH
Pastikan bakul sampah yang disediakan dalam bilik tidur hanya untuk menampung sampah secara sementara, bukannya untuk tempoh yang lama. Jangan tunggu sampai sampah penuh baru hendak dibuang.
Membersihkannya secara kerap dapat mengelakkan bau kurang menyenangkan dalam bilik tidur. Usahakan juga untuk tidak membuang sampah basah mahupun cebisan makanan dalam bakul sampah. Bukan saja bau, serangga yang tak diundang pun akan datang seperti lipas, lalat dan semut.

MANFAATKAN CUKA DAN SODA PENAIK
Menurut petua cuka dan soda penaik berkesan bagi menghilangkan bau kurang menyenangkan. Caranya, gosok dinding bilik tidur dengan kain yang telah dibasahkan dengan campuran cuka dan air bagi menghilangkan bau hapak. Setelah kering bau akan hilang. Manfaatkan juga satu gelas soda penaik yang diletakkan pada salah satu sudut dalam bilik tidur untuk menyerap bau kurang menyenangkan itu.

PENGHARUM
Selain menggunakan pengharum khas, anda juga boleh menggunakan pewangi pada sarung bantal, selimut, cadar dan langsir setelah dicuci. Gunakan juga pengharum pada permaidani, pengalas kaki serta seluruh aksen kain dalam bilik tidur.
 
Salam ahli2 CG semua. Nak tanya pendapat/tips daripada siapa2 yang berpengalaman.

Rumah saya sebelum ni telah disewakan kepada orang bukan Islam selama 2 tahun. Lepas tamat tempoh sewa, saya pergi inspect rumah dan masuk2 je memang kuat bau setanggi. Bau paling kuat ialah di salah satu bilik, saya suspek bilik tu yang dijadikan bilik "sembahyang". Saya dah cuba cat balik bilik tu sampai ke siling pun cat, tapi bau masih tak kurang.

Sesiapa ada tips?



Rumah bau busuk? Arang, oat antara 7 benda bantu selesaikan masalah anda


553.png

Arang dan oat dapat membantu menghilangkan bau rumah yang busuk.
TABIAT menyidai baju di dalam rumah, malas membuang sampah antara sebab kediaman anda berbau kepam! Nak pula kalau pengaliran udara dalam rumah tidak bagus... memang boleh buat loya!
Jika dibiarkan, bau itu akan menggangu ketenteraman apabila berada di rumah, apatah lagi kalau ada tetamu bertandang, apa pula kata tetamu yang datang?
Mungkin anda rasa membazir untuk membeli penyegar rumah kerana harganya mahal tapi tahukan anda terdapat pelbagai bahan yang ada di dapur anda dapat bantu menghilangkan bau busuk rumah?

Jom check out, tujuh bahan tersebut;
3D6B7BA6-6732-4AD3-BBF4-7E224A7728DC.png

1. Oat
Sampah yang tidak dibuang boleh menyebabkan baunya melekat selama berhari-hari dalam rumah! Tapi tak mengapa, ambil beberapa genggam oat dan taburkan dalam tong sampah anda.
Oat mempunyai kemampuan menyerap kelembapan dengan baik termasuk bau busuk di sekeliling anda.
7894703B-F20A-44D3-B336-C55AC1C91FAF.png

2. Pelembut pakaian
Pelembut pakaian bukan saja boleh mewangikan pakaian anda tetapi juga kediaman anda! Mudah, tuang satu penutup pelembut pakaian dalam air mendidih dan letak pada ruang yang berbau busuk.
Aroma dari pewangi pakaian akan tersebar ke seluruh rumah anda. Kalau rajin, gunakan air tersebut untuk mengelap lantai rumah anda.
52DFFAC4-BB72-451F-8187-9C97C1468B02.png

3. Minyak essenstial
Jika tidak mempunyai diffuser, tidak mengapa kerana anda hanya perlu titiskan dua ke tiga titik minyak essential ke dalam air mendidih dan biarkan wapnya tersebar ke segenap ruang rumah anda.
Ia bukan sahaja mampu menghilangkan bau busuk tetapi juga memberi ketenangan kepada anda seisi keluarga.
5595A909-D704-46B2-B267-4A27850EBD94.png

4. Ekstrak vanilla
Titik ekstrak vanilla di atas span dan rendamkan ia dalam air panas dan nikmati aroma semerbak di dalam rumah anda!
FBE1A675-3C5A-4909-8C6F-8B666CA25BC9.png

5. Kulit epal dan kayu manis
Masak kulit epal dan kayu manis bersama air sehingga menggelegak dan baunya naik. Matikan api dan biarkan aromanya tersebar di seluruh rumah.
6. Lemon
3B85CEFF-BADB-4839-8953-46758B3E8FBA.png

Lemon memang cukup terkenal sebagai agen penghilang bau. Caranya mudah, belah lemon kepada dua bahagian dan sumbat garam ditengahnya. Letakkan di atas piring dan letakkan di tengah rumah anda. Lemon dan garam akan menyerap bau busuk.
2DB1B91F-C871-4462-BDF1-DFC8961DE8D8.png

7. Arang
Isi arang dalam kain kapas dan letakkan di tempat yang menjadi sumber bau busuk. Ia bukan sahaja hilangkan bau busuk tapi membunuh bakteria malah bertahan lama.
 
Back
Top
Log in Register