BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rugi RM132,827 ditipu bomoh

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
925384290-foto_afp_1594694773.jpg


KEPALA BATAS: Teruja apabila dikatakan memenangi hadiah tiket loteri nombor ekor berjumlah RM1.8 juta menyebabkan seorang pekerja syarikat pembaikan motosikal mengalami kerugian RM132,827 akibat ditipu bomoh sejak sebulan lalu.

Mangsa seorang lelaki berusia 33 tahun mendapat panggilan melalui Whatsapp mengatakan bahawa dia memenangi hadiah berkenaan namun perlu membuat beberapa bayaran.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa sebelum itu pernah meninggalkan nombor telefonnya di laman sosial Facebook iklan bomoh Siam.

"Mangsa bertindak sedemikian apabila dimaklumkan bahawa bomoh berkenaan mampu menyelesaikan masalah kewangannya.

"Tidak lama selepas itu mangsa mendapat panggilan dari dua orang suruhan bomoh terbabit melalui whatsApp yang mendakwa dia memenangi tiket loteri nombor ekor berjumlah RM1.8 juta namun perlu membuat beberapa bayaran.

"Tanpa sedar dirinya ditipu, dia yang teruja dengan 'kemenangan' itu membuat 19 transaksi berjumlah RM132,827 ke dalam akaun orang suruhan bomoh itu sejak sebulan lalu," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, kesemua bayaran yang dibuat kononnya untuk pelbagai peralatan berkaitan upacara keagamaan.

"Mangsa akhirnya sedar dirinya ditipu selepas mereka meminta lagi bayaran tambahan dan terus datang membuat laporan polis semalam apabila mendapat pandangan dari rakannya," katanya.


== bharian
 
Back
Top
Log in Register