BTC USD 81,149.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

rugi buat ASB loan???

Stuju..dh dpt duit goyang kaki sape xnk kn???:)cgrock

dah nama melabur dlm saham... mmg goyang kaki dtg duit... kalau manager.. kena gerak kaki baru dapat duit...

cukup2 laaa wat komen provokasi... takde siapa paksa buat.. takde siapa paksa tak buat... bab halal haram asb loan ni dah banyak kali bincang.. bawak2 laaa baca thread yg lepas2.. tak kan laaa susah sgt nak baca thread lama2....

search thread halal haram pelaburan asb... sambung bab halal haram kat situ laaa yea...:)cgrock:)cgrock
 
BUKAN PENULISAN AKU-aku terima e-mail macam ni.. tak tahu la dah astrok ke tak benda ni.. kalo nak selak kat thread ASB tak larat kot.. hehehe.. kalo astrol pls bg link penjelasan pasal info ni betul atau tidak..

LOAN ASB UNTUNG ATAU RUGI?

Analisis ringkas tidak berniat untuk memburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar
untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB
dengan duit pinjaman bank).
Contoh simpanan ASB ...RM 100,000 yang terdiri dari
Deposit Tunai RM 5,000 RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9%
setahun) ==> Bayaran bulanan pinjaman RM 731 untuk tempoh 20 tahun.

Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kepada anda. Contoh: dividen 7% setahun,
anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan selepas
20 tahun, anda akan terima RM 100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan
anak dan sebagainya.

Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
Hasil pengiraan: jika dividen 7% setahun atau RM 7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk
mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6
bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,827 (termasuk deposit RM5,000 dan
dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun)

Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM 100,000 selepas 7-8
tahun. Untung atau rugi?

Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun, simpanan anda akan
menjadi RM 94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan untuk 8 tahun juga, nilai
pelaburan selepas 8 tahun adalah RM 8,590.
Total nilai pelaburan anda = 102,850. Dah lebih RM 100,000 dah.

Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun dan maintain bayar bulanan kpd loan
Bagi pinjaman bank RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah pembayaran
penuh selepas 20 tahun adalah RM 175,359 (harga kos)
Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000
dan duit ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+)
------------------------------------------------------------
----
Duit Yang Anda Terima = RM 240,000
------------------------------------------------------------
----

Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM 240,000 dlm masa 20 tahun
sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.

Untung pada mata kasar = RM 64,641

Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain bayaran bulanan RM 731
selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam
ASB untuk tempoh 20 tahun, nilai pelaburan anda akan menjadi = RM 383,018.

Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan 'potential
gain'
Nilai Pelaburan jika anda melabur dengan duit sendiri = RM 383,018
Nilai Perolehan jika anda ambil pinjaman = RM 240,000 (-)
----------------------------------------------------------------------------------------
--
---------------------
Kehilangan Untung
RM 143,018 (loss of potential gain)
============================================================
======
Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank
Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM 175,359 dari anda sepanjang 20 tahun
itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh
dapat jika anda simpan guna duit sendiri.
Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adalah untuk individu
bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil
dari pelaburan anda.

Siapa yang rugi sebenarnya? ==> Anda
Sepatutnya anda boleh untung RM 143,018, tetapi anda cuma untung RM 64,641 sahaja
apabila guna ASB loan. Bank yang untung lebih RM 80,000. Oleh itu, lebih baik anda
simpan ASB menggunakan duit sendiri.

‪#‎mule‬ mengira sekarang#


Meh saya reply,
Tapi dari sudut berbeza.

Sila hubungi saya jika anda berminat untuk apply LASB (019-3344800) atau email ke [email protected]

Cara A (Tapi kena Loan 21 tahun, tapi kalau dpt buat max 30 tahun, lagi untung)

Modal anda hanya RM 7,668 (bayar RM 639 sebulan selama 12 bulan shj). Duit Dividen, bayar balik advance 1 Tahun,
Lepas 21 Tahun, cash Anda = RM 104k DGN MODAL RM 7.6k
(TAK UNTUNG LAGI KE)

NILAI LOAN/SIJIL ASB (RM) 100,000

Jangka Masa Pelaburan / Pinjaman ASB (Tahun) 21
Tarikh Lahir (dd mon yy) 3-Jan-69
Umur Anda (Tahun) 44
Bayar Bulanan Selama 12 Bulan Sahaja (RM) 639.00
Jumlah Modal - 1 Kali Sahaja Diperlukan (RM) 7,668
Nilai Loan/Sijil Setelah Matang (RM) 100,000
Kadar Dividen ASB (%) 7.75%
Jumlah Dividen ASB Setahun (RM) 7,750
Lebihan Dividen Setahun (RM) 82
Compounded Return Dari Lebihan Dividen Setiap Tahun (RM) 4,015
Nilai Tunai Selepas Tempoh -Sijil + Compounded Return (RM) 104,015
Pulangan Pelaburan
Keuntungan Pelaburan (RM) 96,347
Peratus Keuntungan Pelaburan (%) 1,256
Purata Peratus Keuntungan Pelaburan Setahun (%) 59.83
Pencen Anda Setiap Bulan Sampai Bila2 (RM) 671.76


*** Ilustrasi berdasarkan peratus dividen ASB 2012 (7.75%)
*** Kadar BLR Semasa = 6.60% & Interest = BLR - 1.65% (4.95%)
*** Modal tak termasuk Yuran Proses RM60 & Insuran Pinjaman

CARA B


Bayar Bulanan RM 657 setip bulan selama 20 tahun.
Duit dividen yang diperolehi, dibiarkan dalam buku akaun ASB hingga tempoh 20 tahun.
Compounded return, anda akan ada CASH RM 444k dengan modal anda bayar RM 157.6k. (UNTUNG TAK?). Consider Faktor Compounded Return Tuan,

NILAI LOAN/SIJIL ASB (RM) 100,000

Jangka Masa Pelaburan / Pinjaman ASB (Tahun) 20
Tarikh Lahir (dd mon yy) 2-Jan-68
Umur Anda (Tahun) 45
Bayar Bulanan (belum masuk insuran pinjaman) 657
Jumlah Modal Sehingga Tamat (RM) 157,680
Nilai Loan/Sijil Setelah Matang (RM) 100,000
Kadar Dividen ASB (%) 7.75%
Jumlah Dividen ASB Setahun (RM) 7,750
Compounded Return Dari Dividen Setiap Tahun (RM) 344,985
Nilai Tunai Selepas Tempoh -Sijil + Compounded Return (RM) 444,985
Pulangan Pelaburan
Keuntungan Pelaburan (RM) 287,305
Peratus Keuntungan Pelaburan (%) 182
Purata Peratus Keuntungan Pelaburan Setahun (%) 9.11
Pencen Anda Setiap Bulan Sampai Bila2 (RM) 2,873.86
 
dah nama melabur dlm saham... mmg goyang kaki dtg duit... kalau manager.. kena gerak kaki baru dapat duit...

cukup2 laaa wat komen provokasi... takde siapa paksa buat.. takde siapa paksa tak buat... bab halal haram asb loan ni dah banyak kali bincang.. bawak2 laaa baca thread yg lepas2.. tak kan laaa susah sgt nak baca thread lama2....

search thread halal haram pelaburan asb... sambung bab halal haram kat situ laaa yea...:)cgrock:)cgrock

Sy xprovok mane2 pihak pon..ade ke sy api2 org yg main asb ni?berforum secara ilmiah laa..ade yg ckp halal,ade yg ckp haram..so bnde ni syubhah..lantak kite lah nk ke x..nnt setiap punca rezeki yg kita dpt akn dihisab..so sape rse dier betul bleh la jwb nnt..peace bro..slmt hr rye..maaf zhr batin..
 
Acah x acah jugak la.. jgn cop ambe gitu sudoh la.. niat ambe bukan lagu tu.. sekadar berkongsi ape yg tahu.. ambe pun budak br belajar jugak..


Eh xdop la..tp skdr peringatan je..makhluk yg plg bijok skali ats muke bumi ni ialah syaitan..kite sokmo kaloh dr semua segi..
 
Sy xprovok mane2 pihak pon..ade ke sy api2 org yg main asb ni?berforum secara ilmiah laa..ade yg ckp halal,ade yg ckp haram..so bnde ni syubhah..lantak kite lah nk ke x..nnt setiap punca rezeki yg kita dpt akn dihisab..so sape rse dier betul bleh la jwb nnt..peace bro..slmt hr rye..maaf zhr batin..

Mamatganu,

sila baca fatwa yang telah diwartakan.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya

lepas tu, sila komen secara ilmiah.
 
Back
Top
Log in Register