BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RTM, Unifi TV Penyiar Rasmi Piala Dunia Fifa 2026 Di Malaysia - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
fc4f59984c447ceb4367ad0f24f334d068b584689a452

fifa.com

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV akan menjadi penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia dalam usaha kerajaan untuk memastikan rakyat dapat menonton kejohanan itu secara inklusif, sah dan menyeluruh.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata keputusan itu dibuat melalui kerjasama dengan sektor swasta bagi menjamin penyiaran berkualiti tinggi serta capaian meluas kepada penonton di seluruh negara.

Beliau berkata kejohanan itu akan disiarkan di pelbagai platform termasuk siaran percuma melalui MyTV serta platform OTT (platform penstriman) menerusi RTM Klik dan Unifi TV bagi memastikan akses menyeluruh.

“Liputan menyeluruh merangkumi kesemua 104 perlawanan akan disiarkan secara langsung di Unifi TV, manakala RTM akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan sama ada secara langsung atau tertunda. Ini memberikan kepelbagaian pilihan tontonan kepada peminat,” katanya pada sidang media mingguan di Angkasapuri ,di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Bernama Mohd Shukri Ishak serta Ketua Pengarah RTM Ashwad Ismail.

Berita lanjut menyusul.

 
Back
Top
Log in Register