eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
LONDON - Novelis terkenal JK Rowling dan syarikat penerbit buku bersiri Harry Potter disaman £500 juta (RM2.88 bilion) kerana didakwa menciplak sebuah buku kanak-kanak oleh seorang penulis Britain iaitu Adrian Jacobs, lapor sebuah akhbar semalam.
Rowling didakwa menciplak buku Willy The Wizard yang dihasilkan oleh Jacobs dan diterbitkan pada 1987 iaitu 10 tahun lebih awal sebelum edisi pertama buku Harry Potter dijual.
Buku itu diterbit tiga tahun lebih awal sebelum Rowling mendakwa memperoleh idea menulis buku mengenai ahli sihir kanak-kanak tersebut.
Buku hasil karya Jacobs itu turut menceritakan kisah ahli sihir kanak-kanak.
Jacobs yang merupakan rakyat Britain menghantar manuskrip buku tersebut kepada Christopher Little iaitu ejen syarikat penerbitan Bloomsbury Publishing yang kini menerbitkan tujuh siri Harry Potter namun karyanya ditolak.
Dia kemudian menghantar buku tersebut ke sebuah syarikat kecil sebelum karya itu ditukar tajuk kepada The Adventures Of Willy The Wizard No 1: Livid Land.
Jacobs yang kerugian besar dalam pasaran saham padda 1991 meninggal dunia pada 1997 sekali gus tidak dapat menyaksikan kejayaan Harry Potter.
Namun, buku Harry Potter keempat yang bertajuk Harry Potter And The Goblet Of Fire didakwa keluarga Jacobs sebagai hasil ciplak daripada buku tersebut.
Saman itu menyatakan kedua-dua buku tersebut mengisahkan kanak-kanak yang melakukan misi bagi menyelamat sejumlah manusia yang ditawan oleh makhluk separuh manusia dari sebuah bilik mandi. Kedua-dua buku itu turut mempunyai kereta api dan penjara ahli sihir.
Saman yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi terhadap Bloomsbury dan Rowling turut memohon perintah injunksi terhadap penjualan buku Harry Potter And The Goblet Of Fire, ganti rugi atau perkongsian keuntungan daripada penjualan buku tersebut. - Agensi