SayaAndaKita®
Super Active Member
- Messages
- 5,904
- Joined
- Feb 17, 2011
- Messages
- 5,904
- Reaction score
- 170
- Points
- 78
* Tepung capati = tepung Atta
RAMAI orang memilih capati kerana ia dikatakan lebih menyihatkan
daripada nasi. Benarkah atau hanya andaian semata-mata? Sebanyak 40
gram beras menghasilkan satu cawan nasi iaitu 138 kcal kalori. Manakala
1 keping capati seberat 40 gram adalah 136 kcal kalori. Jadi, tidak
banyak beza di antara keduanya.
Bagaimanapun, bila kita makan nasi, kita akan makan pelbagai jenis
lauk-pauk lain. Lauk itulah yang akan menambahkan kalori. Berbanding
dengan capati yang selalunya dihidangkan dengan kuah dal atau kari.
Pilih kari tanpa santan supaya kalori tidak bertambah.
Oleh kerana capati diperbuat daripada tepung atta, maka ia lebih
mengenyangkan kerana kandungan serat atau fibernya. Secara dasarnya,
setiap hidangan capati mengandungi 80 kalori, 15 gram karbohidrat dan 3
gram protein serta sedikit lemak.
Satu cawan tepung atta boleh menghasilkan lima keping capati. Ia
tanpa kolestrol dan dapat membantu penghadaman serta melawaskan. Tepung
atta atau tepung capati juga dikenali sebagai tepung gandum tulin (wholewheat flour) dan ia tidak perlu diayak sebelum digunakan. Supaya tahan lama, ia perlu disimpan di bahagian bawah peti sejuk.
Adunan capati jangan diuli terlalu lembik. Ini kerana ia menjadi
lebih lembut setelah diperap selama beberapa jam. Minyak sapi boleh
digantikan dengan marjerin atau mentega. Anda juga boleh menggunakan
minyak jagung apabila memasak capati.
Adalah lebih sesuai menggunakan kuali leper yang berat kerana haba
yang sekata. Jika anda menggunakan kuali yang terlalu nipis, capati
akan mudah hangus. Panaskan kuali terlebih dahulu, kemudian perlahankan
api ke tahap minimum.
Pastikan juga capati tidak terlalu nipis bila dicanai. Capati yang
nipis akan mudah hangus dan menjadi terlalu rangup. Sukar untuk
mencicah kuah jika capati tidak tebal. Namun begitu, jika capati
terlalu tebal, ia sukar untuk masak dan bahagian tengahnya akan berasa
mentah. Jadi, canailah pada ketebalan yang sesuai, anggaran 2 hingga 3
milimeter.
Kaedah menekan sekeliling capati sebaik saja ia diterbalikkan akan
memerangkap gelembung udara. Ini akan menjadikan capati lebih ringan.
Sebaik saja diangkat dari kuali, letak di dalam bekas bertutup.
Sebaik-baiknya, tutup dengan tuala supaya capati kekal lembut dan
panas. Untuk memanaskan capati di dalam ketuhar gelombang mikro, tutup
terlebih dulu dengan cling-film.
Selain kari ayam atau ikan, kuah dal amat popular sebagai bahan
sampingan capati. Kacang dal yang berwarna kuning itu mesti dibersihkan
terlebih dulu sebelum direndam. Pastikan, ia jenis besar dan sudah
dibuang kulitnya.
Jika anda merendamnya semalaman, anda tidak perlukan masa yang lama
untuk merebusnya. Jangan masukkan garam ketika merebus apa jenis
kekacang sekali pun. Bagi kacang yang berkulit seperti kacang kuda,
menambah garam semasa merebus akan membuat kulitnya tanggal.
Sukatan air bergantung sama ada anda inginkan kuah dal yang pekat
atau agak cair. Jika kacang dal direbus lama, ia akan menjadi lebih
hancur dan membuatkan kuah lebih pekat. Begitu juga dengan kentang.
Bagi yang ingin kuah sedikit 'manis' bolehlah digantikan sebiji kentang
dengan sebiji keledek.
Bagi penghidap penyakit kencing manis yang tidak boleh makan nasi,
capati merupakan makanan alternatif yang menyihatkan. Anda boleh
mengulinya banyak-banyak, kemudian simpan di dalam bekas bertutup yang
diletak di atas rak peti sejuk. Kira-kira tiga jam sebelum memasak,
keluarkan dan biar pada suhu bilik sebelum dicanai.
Kaedah membuat kuah dal tidak menggunakan banyak minyak atau pun
santan kerana ia akan pekat dengan sendirinya bila dal dan kentang
empuk. Gunakan minyak zaitun bagi mendapatkan khasiat yang lebih. Untuk
lebih rasa pedas, boleh taburkan serbuk lada hitam sejurus sebelum anda
menghidangkannya.
Jika tidak habis menggunakan tepung atta, ia boleh dicampur ke dalam
adunan biskut (gantikan 1/3 sukatan tepung gandum) atau kek seperti kek
lobak merah atau kek buah yang bertekstur lebih berat. Tepung atta juga
enak dibuat skon dan lebih berkhasiat daripada tepung gandum biasa.
roti canai guna minyak banyak dr start diadun sampai lar ke tempat masak.
roti capati bolehkatakan kurang minyak atau tiada minyak.
Last edited:

