BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Debate Rotan: Perlu ke tidak?

bru lepas dngr ceramah ustaz ismail kamus aritu.. kita tak bole pukul/rotan anak smpai lah anak tu berumur 10 tahun.. dah smpai umur 10tahun.. tempat yg boleh dirotan ialah tapak kaki je..

harap2 igatan den btol la ni ::D
 
Sokong rotan.. dulu masa sekolah rendah.. siap bawak sebatang sorang bagi kat cikgu
 
perlu... masa aku kecik2 dulu, kat rumah memang ada rotan... kat sekolah pun ada... paling syahdu kena sebat depan perhimpunan... #:-S#:-S
 
Hukuman Rotan Pelajar Dilaksana 2017 Pengetua, Guru Diberi Kuasa Penuh

PUTRAJAYA 9 Mei - Pengetua atau guru akan diberi kuasa penuh untuk melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon berkata, hu**kuman tersebut ba*gaimanapun tidak di*benarkan dilakukan di depan khalayak ramai semasa perhimpunan, sebaliknya di dalam bilik.

Menurutnya, cadangan tersebut merupakan antara penambahbaikan peraturan disiplin pelajar yang bakal dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2017.

Katanya, antara penambahbaikan peraturan adalah kewujudan jawatankuasa disiplin di peringkat sekolah dan mewajibkan sesi kaunseling kepada pelajar bermasalah.

“Kementerian sedang melakukan kajian terhadap garis panduan sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Disiplin Pelajar 1959 yang terkandung dalam Ordinan Pendidikan 1957 sebelum draf penambahbaikan itu dibawa ke Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi.

“Usaha penambahbaikan ini bertujuan menjadikan peraturan disiplin di sekolah lebih komprehensif supaya pihak sekolah dapat mengawal tingkah laku pelajar dan murid dengan lebih teratur,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyua*rat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin, di sini hari ini.

Dalam masa sama, Sin Woon memberitahu, mesyuarat tersebut yang disertai oleh pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menggariskan empat pendekatan bagi mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

Katanya, pihak kementerian akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk melak*sanakan ujian air ken*cing dengan lebih ke*rap dan pemeriksaan mengejut di sekolah bagi mengesan pelajar yang mengambil dadah.
“Selain itu, pihak PDRM diminta merangka program di sekolah dalam memberi kesedaran kepada pelajar mengenai ancaman dan bahaya pengaruh kumpulan militan Negara Islam (IS).

“Berkaitan kes buli, kementerian terus melakukan siasatan tanpa menerima aduan terlebih dahulu selepas menerima maklumat awal berhubung kejadian itu,” katanya.

Mengenai penyebaran video kes buli di laman sosial, Sin Woon berkata, kementerian akan memberi penjelasan kepada orang ramai dengan segera sama ada kejadian itu benar berlaku atau sebaliknya.

“Kita perlu memperjelaskan kepada masyarakat berhubung penyebaran video itu kerana di media sosial merupakan rakaman lama atau terjadi di negara lain,” katanya.

Menurut Sin Woon, penurunan kadar kes ponteng dan buli di sekolah sejak dari tahun 2012 sehingga 2015 adalah hasil kerjasama para guru dan ibu bapa serta masyarakat yang bekerjasama untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah.

“Pembentukan disiplin remaja harus menjadi tanggungjawab semua pihak sekiranya kita mahu melahirkan modal insan kelas pertama dengan memfokuskan kepada pembinaan insan bersahsiah tinggi,” katanya.

Sumber Berita : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/hukuman-rotan-pelajar-dilaksana-2017-1.321661
 
Xda option lain ker? mungkin selain rotan, PDRM boleh letakkan 1 org Polis setiap sekolah. Budak2 kecik dgr Polis, kecut sikit
 
of course la perlu nak didik anak2 yg sebahagiannya nakal tu..
 
susah pulak nak cari rotan skrg ni..asyik pakai hanger baju, balik2 patah..kena marah dgn mak nye adala..
 
perlu..sekrang budak dh xhormat cikgu sbb pengaruh mak bapak yang xhormat kt cikgu..cikgu wat pape de je salah..ni dh dpt kebenaran ni ko tgu la cmne jd kt anak tu,jd org ke jd monyet..
 
Back
Top
Log in Register