talibanes
Permanently Banned - Multiple ID

- Messages
- 12,991
- Joined
- Aug 18, 2011
- Messages
- 12,991
- Reaction score
- 1,852
- Points
- 191
TEMERLOH – Pelakon dan penerbit filem, Rosyam Nor melabur hampir RM1 juta bagi projek tanaman nangka madu berkeluasan 40 hektar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang, di sini.
Rosyam berkata, projek yang dimulakan sejak lebih setahun lalu itu dijangka mengeluarkan hasil pertama penghujung tahun depan.
Menurutnya, penglibatan beliau dalam bidang pertanian pada awalnya dipandang sepi banyak pihak *sehingga pada satu masa dia sendiri hampir putus asa.
“Atas bantuan rakan yang me*miliki ladang berhampiran, saya bangkit daripada kekecewaan dan terus melabur sehingga ladang yang di*usahakan semakin menunjukkan *kejayaan,” katanya.
Dia ditemui ketika program Hari Ladang Bersama Media di TKPM Lanchang, di sini, baru-baru ini.
Turut sama, Pengarah Pertanian Pahang, Datuk Kamariah Ismail.
Rosyam berkata, selain mengusaha*kan tanaman nangka madu, dia turut menanam pisang, mangga dan durian belanda di *kawasan sama.
Menurutnya, dalam tempoh setahun lagi, dia akan membuktikan kepada semua pihak dia juga mampu menjadi petani berjaya walaupun pada asalnya ia bukanlah bidang utama perniagaannya.
“Saya bercita-cita memberi motivasi kepada golongan muda bahawa menceburi bidang pertanian secara bersungguh-sungguh juga mampu meraih pendapatan lumayan.
“Walaupun saya berjaya dalam bidang lakonan, tidak semestinya saya tidak mampu berjaya dalam bidang pertanian, saya mahu jadi ikon pertanian satu hari nanti,” katanya.
Rosyam juga percaya, TKPM Lanchang akan menjadi kawasan agro pelancongan dalam tempoh lima tahun lagi apabila kemudahan dan infrastruktur di kawasan seluas 3,600 hektar itu lengkap dibina.
sumber