BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Roslan Shah rebah ketika program WHI

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Roslan Shah rebah ketika program WHI



PETALING JAYA – Keterujaan penyanyi dan pengacara, Roslan Shah yang dijemput menjadi tetamu undangan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) bertukar jadi detik mengejutlan apabila tiba-tiba rebah dan terlungkup ketika siaran langsung ke udara sebentar tadi.

Dalam siaran langsung tersebut, Roslan Shah atau mesra disapa Cik Lan dilihat sedang ditemu bual oleh dua pengacara iaitu Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana dengan topik bertajuk Si Mulut Tempayan.

Suasana menjadi kecoh apabila Cik Lan yang baharu sahaja menjawab soalan daripada pengacara, Fatin Hamimah tiba-tiba dilihat batuk dan jatuh terlungkup di atas meja kaca yang berada di hadapannya.

Salah seorang pengacara WHI, Hawa Rizwana yang juga berada di lokasi kejadian ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia bersama rakan pengacara, Fatin terkejut dan tergamam selepas melihat cik Lan tiba-tiba pengsan.

“Saya dan juga Fatin sangat terkejut melihat cik Lan tiba-tiba rebah. Mujur ada kru produksi segera memberikan bantuan,” katanya.

Sewaktu diminta untuk menceritakan lebih lanjut keadaan selebriti kelahiran Singapura itu, Hawa bagaimanapun tidak dapat memberikan butiran lanjut dan meminta supaya menunggu kenyataan yang akan dikeluarkan oleh pihak produksi WHI.

Sehingga kini usaha untuk mendapatkan perkembangan daripada pihak Roslan masih tidak berjaya, panggilan telefonnya juga tidak terjawab.

Semalam selebriti serba boleh itu ada memuat naik hantaran dalam InstaStory miliknya memberitahu bahawa dia berada dalam keadaan kurang sihat.

“Esok (semalam) sebelum masuk studio TV3 kena buat ujian calitan dan hantar malam mini (malam tadi) juga.

“Walaupun kepala kurang sihat kena hujan sudah dua hari,” tulisnya – KOSMO! ONLINE
 
Tadi tv3 ckp darah tinggi.....

TEMURAMAH WHI | Roslan Alami Tekanan Darah Tinggi, Dilaporkan Stabil

Penyanyi dan pelakon, Roslan Shah yang tiba-tiba rebah ketika ditemuramah dalam program Wanita Hari Ini (WHI) tengah hari tadi, kini dilaporkan stabil.

Insiden mencemaskan itu dipercayai berlaku ekoran beliau mengalami tekanan darah tinggi.

Susulan kejadian itu, kumpulan produksi segera mendapatkan doktor panel di Sri Pentas, Bandar Utama untuk memeriksa keadaan beliau.

 
TEMURAMAH WHI | Roslan Alami Tekanan Darah Tinggi, Dilaporkan Stabil

Penyanyi dan pelakon, Roslan Shah yang tiba-tiba rebah ketika ditemuramah dalam program Wanita Hari Ini (WHI) tengah hari tadi, kini dilaporkan stabil.

Insiden mencemaskan itu dipercayai berlaku ekoran beliau mengalami tekanan darah tinggi.

Susulan kejadian itu, kumpulan produksi segera mendapatkan doktor panel di Sri Pentas, Bandar Utama untuk memeriksa keadaan beliau.


Mcm minor stroke pun dia jgk nie.....
 
Dia pakai camtu, memula ingatkan Michael Jackson.

gettyimages-913041498-2048x2048.jpg
 
Badan ramping gitu pun darah tinggi. Keturunan kot...
 
Keturunan pun ye
Ada orang jenis badan tak naik
Tapi kolestrol tinggi
Organ dalaman berlemak
Baka dh mcm tu..selalu org xsebut baka org kata saka ja....mkn bnyk mn pun bdn maintain ja hahaha
 
Baka dh mcm tu..selalu org xsebut baka org kata saka ja....mkn bnyk mn pun bdn maintain ja hahaha

Badan jenis Ectomorph

Kenali-3-Jenis-Tubuh-Badan-Manusia.png

Ectomorph

Ciri-ciri seorang yang mempunyai tubuh badan ectomorph:

Mempunyai saiz pinggang yang kecil
Bentuk tubuh badan yang memanjang ke atas
Mempunyai bahu yang kecil atau sempit
Kalau nak naikkan berat badan memang susah la. (Sebab tu ada badan kurus yang makan banyak tapi tak naik-naik badan)
Mempunyai peratusan lemak yang rendah. (Dah nama pun kurus kan..hehe)
Untuk dapatkan badan yang sado atau naikkan berat badan, perlukan waktu yang lama disamping perlu workout (lifting weight atau body weight) dan juga makanan yang banyak. (Tempoh masa bergantung pada cara workout yang betul dan makanan yang betul)

 
Back
Top
Log in Register