BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Roslan Shah rebah ketika program WHI

Keturunan pun ye
Ada orang jenis badan tak naik
Tapi kolestrol tinggi
Organ dalaman berlemak
visceral fat, bnyak ambil makanan berlemak, lack of rest pon punca kan idola
 

'Malu, tak tahu ia tular'​

Syafil Syazwan Jefri
[email protected]
Roslan kini ditahan di Hospital Sungai Buloh.
Roslan kini ditahan di Hospital Sungai Buloh.



Kuala Lumpur: Penyanyi dan pengacara, Roslan Shah ditahan di Hospital Sungai Buloh selepas rebah ketika muncul pada program Wanita Hari Ini (WHI), hari ini.

Roslan ketika dihubungi berkata, dia mengalami tekanan darah tinggi mencecah lebih 220.

"Tekanan darah memang tinggi. Sekarang saya ditahan di wad dan tak tahu berapa hari perlu berada di sini. Kalau tekanan darah menurun, saya nak minta untuk pulang dan berehat di rumah di Taman Kosas, Ampang," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Roslan, dia tidak tahu menahu jika video yang memaparkan dirinya rebah pada program WHI itu menjadi tular di media sosial.

"Malu. Saya tak tahu benda itu tular," katanya.

Terdahulu, Roslan rebah ketika ditemu bual oleh pengacarah WHI, Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana sekali gus menimbulkan kekecohan dalam program yang disiarkan secara langsung di TV3 itu.

Roslan kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut
 
fuh reading lebih 220.. dia x sedar ada darah tinggi kaa...atau jenis x makan ubat spital...
 
fuh reading lebih 220.. dia x sedar ada darah tinggi kaa...atau jenis x makan ubat spital...
Ubat spiral kena mkn jgk, tp smbl tu cr ubat lain, rawatan lain klau bergantung ubat spiral smp ke sudah darah tinggi tu
 
Back
Top
Log in Register