BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ronnie bakal tinggalkan Hyper Act?

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
Picture%2B160.jpg

Vokalis kumpulan Hyper Act, Ronnie mengakui dirinya bersedia untuk tinggalkan kumpulannya itu jika Hyper Act mahu menggantikan vokalis.

"Andai kata suatu hari nanti Hyper Act mahu menggantikan posisi saya dengan orang lain, mahu tidak mahu saya harus bersedia dengan perkara itu.

"Kalau tindakan seperti itu mampu menghasilkan gabungan yang lebih baik untuk nama Hyper Act, saya tidak akan menghalang kerana rezeki masing-masing sudah tertulis," katanya.

Tambah Ronnie lagi, dia tidak mempunyai masalah untuk memilih haluan sendiri kerana situasi tersebut merupakan perkara biasa dalam sesebuah kumpulan muzik.

Kontroversi Ronnie disisihkan oleh ahli kumpulannya yang lain menjadi bualan ramai apabila beberapa buat persembahan Hyper Act sebelum ini menggunakan vokalis lain bagi menggantikan tempat Ronnie ketika mengadakan undangan persembahan di beberapa lokasi.

Dalam pada itu, Ronnie yang sedikit terkilan dengan perkara itu berkata ia berpunca daripada salah faham dan kurangnya komunikasi.

"Terkilan itu memang ada tetapi sekejap sahaja. Cuma perasaan terkejut memang ada sebab ia berlaku dalam sekelip mata dan dibuat tanpa pengetahuan saya.

"Selepas berbincang secara elok, segalanya okey sahaja. Tiada masalah lain yang timbul selepas perkara itu sudah dijelaskan."

http://www.cari.gold/2015/04/ronnie-bakal-tinggalkan-hyper-act.html
 
tak complete citer ni.. aku dengar kat radio kata kumpulan die bengang sbb ronnie banyak buat solo.. mungkin group die sentap la kot
 
Back
Top
Log in Register