BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ronaldo kena sumpahan voodoo

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SEORANG wanita kaya yang khabarnya pernah berpacaran dengan pemain bolasepak termahal dunia, Christiano Ronaldo dikhabarkan mengupah ahli sihir untuk menamatkan kerjaya bintang bola sepak itu.

Malah, menurut laporan beberapa agensi berita asing, "mesin penjaring gol" pasukan Real Madrid itu tiba-tiba terperangkap di tengah-tengah "pertarungan" dua ahli sihir.

Seorang ahli sihir nekad untuk menghabiskan karier Ronaldo sementara seorang lagi berusaha menyelamatkan kariernya.

Dan kini sama ada ia satu kebetulan atau tidak, Ronaldo telah mengalami kecederaan ketika beraksi dan ketiadaannya di dalam skuad telah menyebabkan Real mengalami kekalahan pertama mereka dalam Liga Sepanyol hujung minggu lalu.

Menurut laporan media, wanita terbabit mengupah seorang ahli sihir dari Sepanyol yang bernama Pepe untuk menyumpahnya sekaligus memusnahkan karier gemilang Ronaldo di atas padang.

Pepe yang kelihatan memegang satu patung voodoo tertera nama Ron pada badannya enggan menamakan wanita yang mengupahnya.

Difahamkan Pepe dibayar sebanyak 15,000 Euro untuk menjampi pemain bola sepak terkenal itu.

"Dia mengupah saya untuk menamatkan kerjaya Ron dan saya hanya menjalankan kewajipan saya sebagai seorang ahli sihir profesional," Pepe memberitahu agensi berita AFP ketika ditemui minggu lalu.

"Ini adalah satu tugasan. Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengannya. Tapi saya akan pastikan ia dilaksanakan," kata Pepe lagi.

Bagaimanapun pada masa yang sama, seorang ahli sihir lain bernama Fernando Nogueira atau lebih mesra disapa 'ahli sihir Fafe' diupah oleh kenalan Ronaldo untuk melindungi bintang bola sepak berusia 24 tahun itu.

Fafe berasa was-was terhadap keupayaan lawan Pepe. Kata Fafe, dia telah "menyalakan lilin di sebelah foto Ronaldo untuk menghalang sebarang sumpahan terhadapnya, sekiranya benar."

Sementara itu, persiapan Ron untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Hungary pada hujung minggu ini juga nampaknya berada dalam suasana ketidakpastian.

Ronaldo mengalami kecederaan pada buku lalinya. Dia dijangka menjalani beberapa ujian kecergasan pada minggu ini untuk memastikan dia layak bermain bersama pasukan Portugal.

Portugal sangat berharapkan kehadiran Ron kerana mereka memerlukan sentuhan ajaib bekas pemain Manchester United itu untuk melakukan sesuatu yang luar biasa bagi mencuri kemenangan ke atas Hungary.

Portugal perlu menang untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan tahun hadapan.
 
macam2..

macam case Kris Dayanti..

super bomoh dah ramal diorang akan bercerai..

masa tu baru ngaku dia dah ramal..

kalau x bercerai camne?
 
kt oversea pn ada gak ahli sihir...
mcm2 daaa...
 
camtue......nape tak sihir yang patut disihir...hmmmm.....PHD ka nieh...huhuhu
 
spekulasi jerk nih nak cover ronaldo...
 
mcm2 dorg nie...nk jd tknai ngan cra y mudah
 
kononnye laa..
tapi mungkin gak sbb area sana voodoo kuat gak..
 
Back
Top
Log in Register