BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rokok seludup RM1.04j dirampas

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Hassan (kanan) menampal poster Laporkan Jualan Rokok dan Arak Seludup sambil diperhatikan oleh Awai (tengah) dan Pengarah Cawangan Siasatan (Bahagian Penguatkuasaan), Datuk Azizah Ibrahim​

MANJUNG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Negeri merampas rokok seludup dalam Ops Outlet atau Ops Pacak bernilai RM1.04 juta melibatkan cukai berjumlah lebih RM5.98 juta pada tahun lalu.

Operasi outlet versi 2.0 itu bukan sahaja bertumpu kepada penyeludupan rokok tetapi diperluaskan kepada penyeludupan arak dan minuman keras bernilai RM1.86 juta dengan cukai RM2.31 juta juga telah berjaya dirampas.

Pengarahnya, Awai Mamat berkata, operasi tersebut dijalankan melalui kaedah pemeriksaan di perairan, persisiran pantai dan premis perniagaan seluruh Perak.

"Bagi 2014 sahaja, kita telah periksa 737 premis dan daripada jumlah itu, 105 tangkapan melibatkan sebanyak 11.9 juta batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama serta 35 orang telah dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

"Manakala sepanjang tahun ini sehingga Mei, 238 premis diperiksa dan 38 tangkapan berjaya dilakukan dengan hasil rampasan 10.1 juta batang rokok dengan nilai RM1 juta melibatkan nilai cukai sebanyak RM5.45 juta dan 20 orang dituduh di mahkamah.

"Denda yang dikenakan kepada tertuduh melibatkan jumlah RM66,858 bagi 2014 dan tahun ini, 20 tertuduh didenda RM67,508," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Operasi Pacak Rokok dan Arak Seludup 2015.

Majlis itu dirasmikan merasmikan majlis, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Kastam, Datuk Hassan Ibrahim.

Awai berkata, bagi rampasan minuman keras, sepanjang 2014, 59 kes tangkapan dilakukan melibatkan 104,800 liter pelbagai jenis dan jenama minuman keras serta bir diseludup.

"Kesemua barang yang dirampas bernilai RM1.86 juta melibatkan nilai cukai sebanyak RM2.31 juta manakala operasi sepanjang Januari hingga Mei tahun ini, kita telah melakukan 229 pemeriksaan dan 27 tangkapan berjaya dibuat.

"Sebanyak 5,207 liter minuman keras seludup berjaya dirampas bernilai RM34, 116 melibatkan nilai cukai RM64,633. Tahun ini tiga individu telah dituduh di mahkamah dengan denda keseluruhan RM107,527," katanya.

Katanya, berdasarkan kepada bilangan kes yang berjaya dibanteras dan hasil maklumat risikan, kawasan pantai negeri ini merupakan tempat strategik untuk menjalankan penyeludupan masuk rokok dan minuman keras dari negara jiran.

"Namun kita akan terus membanteras penyeludupan ini dan Kastam memberi amaran jika didapati bersalah mereka boleh dihukum menurut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu didenda maksimum 10 kali nilai dagangan atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung mana-mana kes penyeludupan diminta tampil memberi kerjasama pada Kastam.

"Mereka boleh menyalurkan maklumat di talian bebas tol 1-800-8855, identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan kes yang berjaya akan dipertimbangkan pemberian sagu hati," katanya.
 
Back
Top
Log in Register