tn hj, ni berkenaan yg ni kan
A.
Ahad, 4 Disember 2016 | 2:11pm
Najib, Hadi kongsi pentas solidariti buat Rohingya
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang hari ini berkongsi pentas bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi membentuk kesepakatan suara mengecam kezaliman Myanmar terhadap etnik Rohingya.
Ahli Parlimen Marang itu dalam ucapannya menyifatkan apa yang berlaku di Myanmar bukan saja memerlukan campur tangan Malaysia, malah seluruh dunia.
Dalam ucapannya di Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa pagi tadi, Hadi turut menjelaskan Islam mendahului semua ideologi lain dalam mempertahankan hak asasi manusia.
Beliau turut mempertikaikan tindakan kerajaan antarabangsa khususnya kuasa besar dunia yang membisu terhadap isu penindasan Rohingya di Myanmar.
"Mana rasa hati kerajaan antarabangsa khususnya kuasa besar dunia yang sebelum ini campur tangan di Iraq kerana kepentingan ekonomi tetapi kini mengetepikan ihsan kemanusiaan.
"Kita perlu mewujudkan campur tangan antarabangsa, mendahulukan diplomasi dan kemudian secara darurat yang boleh difikirkan bersama bagi menyelamatkan nyawa manusia, khususnya wanita, orang tua dan kanak-kanak dizalimi.
"Jangan hari ini manusia menghormati hak kebinatangan, hak menjaga hidupan liar lebih penting daripada menjaga manusia yang dibunuh dan diseksa," katanya.
Pada majlis itu, Najib turut menurunkan tanda tangan di atas kain rentang dan plak, tanda sokongan mempertahankan nasib etnik tertindas itu.
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang hari ini berkongsi pentas bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi membentuk kesepakatan suara mengecam kezaliman Myanmar terhadap etnik Rohingya.
www.bharian.com.my
dan ni bukannya Malaysia mengajak Rohingya datang duduk kat Malaysia
dan lihat yg berikut ni
B.
Lukman Sheriff
30 min Ā·
Bravo ICJ. We should mount for Palestine.
ICJ orders Myanmar to take steps to protect Rohingya
World court says Myanmar must immediately ensure its military does not commit acts of genocide against the Rohingya.
31 minutes ago
The Rohingya Muslim minority "remain at serious risk of genocide" said the United Nations' top court on Thursday, as it ordered "provisional measures" against Myanmar.
Myanmar had not proposed any measures aimed at ensuring the Rohingya's right to exist, and conditions necessary for emergency measures to be taken in the country have been met, ruled the International Court of Justice (ICJ).
The country must abide by the genocide convention, of which the court in The Hague is the guardian, and must take all measures within its power to prevent further killings - ensuring its military and other army units do not commit acts of genocide.
The court also ordered Myanmar to preserve evidence of alleged crimes against the Rohingya, and said Myanmar must report back within four months, and every subsequent six months, on progress made to protect the Rohingya.
The court said that its order for measures intended to protect the Rohingya is binding and creates international legal obligations on Myanmar.
Top UN court finds 'irreparable damage' caused to Rohingya; orders Myanmar to take steps to prevent genocide.
www.aljazeera.com
C.
Malaysiakini (BM Version)
4 min Ā·
Wisma Putra berkata Malaysia akan melihat dengan penuh minat prosiding ICJ berikutnya berhubung permohonan Gambia berhubung lima perkara.
Malaysia ulangi sokongan pada Gambiar untuk Rohingya
Bernama
Diterbitkan Hari ini 9:19 pagi
Malaysia menganggap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) meluluskan langkah-langkah sementara yang dimohon oleh Gambia berhubung Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid, sebagai hala tuju yang betul untuk menangani keadaan kaum Rohingya.
Wisma Putra berkata Malaysia juga mengulangi sokongannya terhadap Gambia - yang membawa kes berkenaan kepada ICJ - selaras dengan kedudukannya sebagai Pengerusi Ad Hoc Jawatankuasa Kementerian berhubung Pelanggaran Hak Asasi Manusia, yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Dalam satu kenyataannya di Putrajaya lewat malam tadi, Wisma Putra berkata sebagai anggota jawatankuasa itu dan Konvensyen Genosid Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 1948, Malaysia turut menggesa Myanmar memenuhi obligasi di bawah konvensyen itu bagi memastikan krisis tidak berlarutan.
āKeputusan itu mencerminkan kebimbangan serius komuniti antarabangsa terhadap keperluan menangani dengan efektif penderitaan yang dialami Rohingya, di samping menampilkan akauntabiliti serta keadilan berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia yang serius terhadap kaum Rohingya.
"Kira-kira 100,000 pelarian Rohingya kini berada di Malaysia, yang meninggalkan Myanmar susulan krisis yang melanda,ā menurut kenyataan itu.
Agensi berita Turki, Anadolu, sebelum ini melaporkan Mahkamah Tertinggi PBB pada Khamis mengeluarkan satu perintah dalam kes yang membabitkan pertuduhan bahawa Myanmar telah melakukan genosid terhadap minoriti Islam Rohingya di negara itu.
Ketika mengeluarkan perintah itu dalam kes yang difailkan Gambia bulan lepas, Presiden ICJ, Abdulqawi Ahmed Yusuf, memberi tempoh empat bulan kepada Naypyitaw untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan memastikan etnik Rohingya di negara itu tidak diapa-apakan.
Wisma Putra berkata Malaysia akan melihat dengan penuh minat prosiding ICJ berikutnya berhubung permohonan Gambia berhubung lima perkara.
āIa terdiri daripada pengisytiharan Myanmar sebagai melanggar obligasi di bawah Konvensyen Genosid untuk menghentikan segera apa-apa perbuatan salah yang sedang berlaku dan menghormati sepenuhnya obligasinya di bawah Konvensyen Genosid.
"Juga bagi memastikan orang yang melakukan genosid dihukum oleh tribunal yang kompeten; untuk melaksanakan kewajiban membayar ganti rugi demi kepentingan mangsa perbuatan genosid yang merupakan dari kaum Rohingya; dan memberikan jaminan bahawa pelanggaran Konvensyen Genosid tidak akan berulang,ā menurut kenyataan itu.
-
Bernama
Wisma Putra berkata Malaysia akan melihat dengan penuh minat prosiding ICJ berikutnya berhubung permohonan Gambia berhubung lima perkara.
www.malaysiakini.com