Isu Pelarian Rohingya ini telah lama dibincangkan di Majlis Kseselamatan Negara (MKN) semasa Captain masih berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Bagi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mengkritik Kerajaan berkeras menghalang pelarian perang ini datang masuk ke Wilayah Malaysia (Darat, Laut atau Udara) bagi suaka perlindungan politik, apa kata korang sahaja ambil dan bela mereka di rumah sendiri?
Ia bukan isu kita umat Islam taknak membantu mereka. Ia ada kesinambungan permasalahan yang akan bertambah saban masa bila Malaysia ambil pelarian ini.
Rasanya dah banyak sumbangan rakyat Malaysia berikan kepada mereka ketika di negara asal.
Untuk maklum korang semua, Malaysia tidak termasuk dalam keahlian negara yang menandatangani perjanjian untuk melindungi mana-mana pelarian perang di seluruh dunia.
Tiada. Pelik bila lihat ada Pejabat UNCHR tubuh di Malaysia. Siapakah yang benarkan mereka dirikan pejabat di situ?
Antara masalah yang bakal timbul bila kita longgarkan penerimaan pelarian perang.
1. Lokasi penempatan.
Korang nak kumpul mereka, sediakan segala fasiliti kemudahan dan keluarkan duit untuk sara diorang.
Andai kata seorang Kerajaan perlu belanja RM 150.00 sehari. Jika 100 000 orang Kerajaan kena tanggung hampir RM 15 juta sehari.
Duit Kerajaan itu datangnya daripada pungutan cukai semua rakyat dan GLC Malaysia.
Pelarian sepanjang hidup dan duduk di Malaysia tidak bayar cukai. Duit pengoperasian NGO juga datangnya daripada sumbangan Rakyat Malaysia bukan Pelarian.
2. Tahap kesihatan.
Masa sekarang ini isu ancaman COVID-19. Pelarian yang datang perlu disaring, jika ada jangkitan perlu dirawat dan tidak termasuk kes kesihatan lain.
Ketika ini frontline di Malaysia perlu utamakan siapa? Pelarian atau Rakyat Malaysia? Ada pelarian yang tua dan sakit.
Ini NGO berkenaan hendak tolong jaga ke kelak? Weiii jangan sembang perikemanusia atas kertas dan laung di medsoc. Bila dah terima pelarian korang serah balik masalah kepada Kerajaan.
Ya. Pasukan Keselamatan kita akan berikan rawatan mana yang sakit atas kapal yang menceroboh sebelum iring keluar ke perairan sempadan negara.
Kesihatan pelarian merosot itu antara risiko yang mereka ambil. Kadang kala kita lihat mereka sanggup terjun berenang ke pantai bila hendak ditahan.
Sebab kena penjara di Malaysia lebih mewah daripada pulang ke negara asal. Masa pelarian dalam penjara ada NGO berkenaan jaga?
3. Peluang Pekerjaan.
Rakyat Malaysia masih ada ramai mencari peluang pekerjaan. Mereka yang lepasan SPM, pusat pengajian tinggi, orang bersara, berhenti kerja, diberhentikan kerja dan sebagainya.
Pelarian yang datang ini juga perlukan wang untuk hidup di Malaysia. Korang sanggup susukan kera di hutan dengan biarkan anak di rumah mati kelaparan? Captain tanya sahaja.
4. Tahap Pendidikan.
Pelarian ini ada yang datang berkeluarga. Malah di tengah bandaraya Kuala Lumpur ini ada beberapa kawasan yang telah jadi kampung mereka.
Pelarian ini ada anak-anak kecil. Mereka perlu terima didikan untuk elakkan lebih banyak masalah timbul dikemudian hari seperti mencuri dan sebagainya.
Masalahnya NGO yang kutuk Kerajaan ini nak ajar silibus apa dekat anak-anak pelarian? Jika hendak ajar jati diri negara asal mereka, ini negara Malaysia.
Hendak ajar silibus Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia hanya ada peruntukan untuk sekolah diiktiraf Kerajaan sahaja.
NGO berkenaan sanggup cari dana untuk tampung persekolahan berkenaan daripada umur 5 tahun sampai 18 tahun? Seorang gagah lagi dan jika telah berpuluh orang bagaimana?
5. Kebanyakan pelarian yang datang ini mengamalkan sistem group.
Satu orang pelarian yang selamat sampai di Malaysia akan hantar surat ke kampung ajar 2 orang teman dia untuk menyusup masuk juga.
3 orang ini akan panggil 6 orang lain menyusup masuk dan seterusnya. Nampak lawak macam sistem MLM.
Hakikatnya ini yang berlaku. Malah seorang mampu bawa 12 orang menyusup masuk Malaysia sekaligus.
Kita ada 3 etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Harap jangan sebab hendak layan kritikan NGO ini muncul etnik keempat di Malaysia iaitu Rohingya.
Banyak pelarian perang dan pendatang asing tanpa izin yang menghabiskan perbelanjaan negara untuk sara mereka. Bila Kerajaan hantar senarai nama ke kedutaan mereka, ada yang tak mengaku itu rakyat mereka.
Mungkin sebab pelarian berkenaan dinafikan hak kewarganegaraan. Suka atau tidak. Kerajaan kita kena terus bela mereka seperti mendukung biawak hidup sehingga kedutaan sanggup ambil semula.
Kerajaan belanjakan wang untuk perkara sia-sia. Ini semua implikasi tersirat yang rakyat tidak nampak.
Cukup 5 point jek Captain hendak sampaikan. Ada banyak point. Tapi kasi hadam ini dulu.
Sebelum bantu orang luar, kita bantu dahulu keluarga kita. Itu pun sunnah Nabi Muhammad SAW.
Malah semangat kerjasama ASEAN menetapkan jangan masuk campur dalam hal politik sesuatu negara lain.
Harap NGO pun belajar sosio geografi dunia dan sejarah penubuhan UNCHR yang jadi duri dalam daging pentadbiran Kerajaan Malaysia.
Pengkongsian bersama.
#biliksewakl