BTC USD 83,089.9 Gold USD 4,179.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya semakin besar kepala

Hj x nk tepek skali ke ucapan madey masa pm7. Dia pn membela rohingya. Kt pbb kot

Dia bersuara utk nyatakan suaranya dipentas dunia mewakili negara sama juga sptnya suara dia menentang israel dan membela palestine...

Yg dibuat oleh pm kita waktu itu dipentas negara bersama2 parti politik lain guna nama agama utk kumpul ummah atas nama rohingya...

skrg ambillah bantu atas nama agama tu...
 
​

INI CERITA JENIS ROHINGYA TAK MAKAN SAMAN.

Aku ni kalau dengan Rohingya ni bukanlah tak pernah berurusan. Pergi ke kem pelarian Rohingya di Bangladesh sahaja dah 3 kali. Tapi jenis Rohingya yang dah lama duduk Malaysia ni ramai dah aku jumpa kaki lipat.

Hari ni dapat berita 20 keluarga Rohingya tengah kebulur katanya di Inderapura, Kuantan. Ada 1 keluarga baru dapat anak (gambar 2). Perlukan bantuan makanan segera. Katanya.

Aku pun tanya rakan-rakan Jabatan Amal. Dan telah disahkan yang bantuan makanan telah diberi 3 hari lepas (gambar ke-3). Korang tengok berapa kampit beras Jabatan Amal kasi. Tengok nombor rumah, nombor 13.

Ok tak apa.

Dalam kaadaan geram, aku terus gerak ke rumah yang katanya memerlukan bantuan makanan tersebut. Sebelum sampai aku talifon dulu orang Rohingya tersebut.

“Assalamualaikum Taufiq. Saya dapat tahu Taufiq perlukan bantuan makanan. Betul ke?” Tanya aku dengan niat kot-kot dia akan jawab yang bantuan dah diterima.

Tapi dia menipu. Dia kata “Iya abang. Saya sudah lama tidak makan 3 bulan tidak kerja”.

Aku sampai je rumah dia, sah rumah nombor 13 (gambar pertama). Rumah yang sama terima bantuan dari Jabatan Amal 3 hari lepas. Huh~ panas betul aku jenis menipu ni.

Orang Malaysia pun ramai yang tak makan musim PKP ni, mereka boleh pulak main tipu-tipu macam ni.

Itulah rakan. Kalau korang ada hantar bantuan ke orang Rohingya ni baiknya masuk ke dapur dia. Kot-kot diorang ada stok beras sampai boleh bukak pasaraya.

Kaji dulu sebelum beri sumbangan. Ramai yang jenis ambil kesempatan macam ni, dan kaki lipat.

Geram!

Prinsip dan penafian: Aku orang NGO kemanusiaan. Aku tak nafikan keperluan mereka mendapatkan hak makanan. Yang mana dalam kaadaan teruk memang kita bantu. Jangan hukum semua Rohingya sama. Aku akan bantu orang Rohingya seperti biasa, ada peluang ke kem pelarian mereka aku tetap akan pergi. Yang penipu, kita tetap akan tibai.
 
​

Tahniah Maritim Malaysia

Cepat Buat Kerja

*SIARAN MEDIA*

*MARITIM MALAYSIA TANGKAP DUA DALANG KES PENYELUDUPAN PATI DI PERAIRAN UTARA*

ALOR SETAR, 21 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menangkap dua (2) orang suspek yang disyaki dalang kepada aktiviti penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang beroperasi di sekitar utara dan selatan Semenanjung.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som, mengesahkan kedua-dua tangkapan ini di bawah ‘Op Dallal’ yang melibatkan urus niaga jenayah penyeludupan manusia. Dalam bahasa Bangladesh `Dallal’ bermaksud panggilan yang digunakan kepada agen-agen darat.

Tangkapan pertama dibuat pada 17 April 2020 ke atas seorang lelaki warga Myanmar disyaki bangsa Rohingya berusia 36 tahun, pemegang kad UNCHR di sebuah rumah teres beralamat No 508, Fasa 2, Taman Bersatu, Simpang Empat, Kedah.

Semasa serbuan dibuat suspek bersembunyi di atas siling rumah berkenaan, namun berjaya dikesan dan ditangkap oleh penguatkuasa Maritim Malaysia. Maklumat siasatan juga mendapati suspek merupakan adik ipar kepada dalang utama aktiviti jenayah penyeludupan PATI yang aktif beroperasi di utara dan selatan Semenanjung.

Pada 19 April 2020 tangkapan kedua dibuat ke atas seorang lelaki warga Myanmar disyaki bangsa Rohingya, berusia 31 tahun di sebuah rumah teres tidak bernombor Batu 20, Jalan Yan Pekan, 08800 Guar Chempedak Kedah.

Semasa serbuan, suspek kedua bersembunyi di belakang pintu utama rumah dan terus ditangkap oleh Tim Khas Maritim Kedah/Perlis. Tangkapan ini berjaya dilakukan berikutan maklumat siasatan lanjut ke atas suspek pertama dan hubung kait buku catatan dalang utama yang merekodkan penerimaan bayaran hasil aktiviti penyeludupan PATI dipercayai etnik Rohingya pada 5 April lepas di perairan Langkawi.

Kedua-dua suspek disyaki menjadi dalang dan tekong darat dalam urusan keluar masuk PATI dan disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670). Sekiranya disabitkan dengan kesalahan tersebut, suspek boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun, dan boleh juga dikenakan denda, atau kedua-duanya sekali.

Siasatan lanjut ke atas PATI dipercayai etnik Rohingya yang ditahan pada 5 April lalu mendapati mereka membayar sejumlah wang tidak kurang daripada RM15,000.00 setiap seorang kepada agen bagi urusan kemasukan ke Malaysia.

Menerusi siasatan, kedua-dua suspek telah menggunakan beberapa nama samaran untuk mengelak identiti dan pergerakannya dikesan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun, pergerakan suspek berjaya dikesan menerusi maklumat risikan yang diperolehi.

Kini, Bahagian Siasatan Jenayah Maritim Malaysia sedang memburu seorang lagi suspek yang merupakan dalang utama dan disyaki masih berada di sekitar utara Semenanjung. Suspek disyaki merupakan dalang utama yang berperanan mengatur kemasukan PATI bagi permintaan di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Johor.

Maritim Malaysia akan terus memburu anggota sindiket yang terlibat khasnya tekong-tekong darat yang disyaki bersekongkol dengan tekong laut untuk menyeludup PATI ke negara ini, sama ada di kalangan warga asing, pemegang kad UNCHR dan juga rakyat tempatan yang dipercayai telah mengaut keuntungan ribuan ringgit menerusi penyeludupan pendatang tanpa izin ke negara ini serta eksploitasi penyeludupan manusia bagi tujuan tenaga kerja warga asing secara haram.

KEPTEN MARITIM ZULINDA BINTI HJ RAMLY
TIMBALAN PENGARAH OPERASI
MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS
AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

MMP

Bilalah nak berambus rohingya ni.
 
​

INI CERITA JENIS ROHINGYA TAK MAKAN SAMAN.

Aku ni kalau dengan Rohingya ni bukanlah tak pernah berurusan. Pergi ke kem pelarian Rohingya di Bangladesh sahaja dah 3 kali. Tapi jenis Rohingya yang dah lama duduk Malaysia ni ramai dah aku jumpa kaki lipat.

Hari ni dapat berita 20 keluarga Rohingya tengah kebulur katanya di Inderapura, Kuantan. Ada 1 keluarga baru dapat anak (gambar 2). Perlukan bantuan makanan segera. Katanya.

Aku pun tanya rakan-rakan Jabatan Amal. Dan telah disahkan yang bantuan makanan telah diberi 3 hari lepas (gambar ke-3). Korang tengok berapa kampit beras Jabatan Amal kasi. Tengok nombor rumah, nombor 13.

Ok tak apa.

Dalam kaadaan geram, aku terus gerak ke rumah yang katanya memerlukan bantuan makanan tersebut. Sebelum sampai aku talifon dulu orang Rohingya tersebut.

“Assalamualaikum Taufiq. Saya dapat tahu Taufiq perlukan bantuan makanan. Betul ke?” Tanya aku dengan niat kot-kot dia akan jawab yang bantuan dah diterima.

Tapi dia menipu. Dia kata “Iya abang. Saya sudah lama tidak makan 3 bulan tidak kerja”.

Aku sampai je rumah dia, sah rumah nombor 13 (gambar pertama). Rumah yang sama terima bantuan dari Jabatan Amal 3 hari lepas. Huh~ panas betul aku jenis menipu ni.

Orang Malaysia pun ramai yang tak makan musim PKP ni, mereka boleh pulak main tipu-tipu macam ni.

Itulah rakan. Kalau korang ada hantar bantuan ke orang Rohingya ni baiknya masuk ke dapur dia. Kot-kot diorang ada stok beras sampai boleh bukak pasaraya.

Kaji dulu sebelum beri sumbangan. Ramai yang jenis ambil kesempatan macam ni, dan kaki lipat.

Geram!

Prinsip dan penafian: Aku orang NGO kemanusiaan. Aku tak nafikan keperluan mereka mendapatkan hak makanan. Yang mana dalam kaadaan teruk memang kita bantu. Jangan hukum semua Rohingya sama. Aku akan bantu orang Rohingya seperti biasa, ada peluang ke kem pelarian mereka aku tetap akan pergi. Yang penipu, kita tetap akan tibai.

Patutlah aung san pun malas nak layan puak ni.
 
Dia bersuara utk nyatakan suaranya dipentas dunia mewakili negara sama juga sptnya suara dia menentang israel dan membela palestine...

Yg dibuat oleh pm kita waktu itu dipentas negara bersama2 parti politik lain guna nama agama utk kumpul ummah atas nama rohingya...

skrg ambillah bantu atas nama agama tu...

himpunansolidaritiummahuntukrohingya.jpeg

tak faham den dengan ekau ni.
2016 start genosid tentera barma terhadap rohingya.

takde pun intipati program dalam perhimpunan tu nak ajak semua rohingya datang sini.
cuma bersoladiriti mengutuk tindakan ketenteraan myanmar.

ini pun inisiatif ngo-ngo islam dan dalam perhimpunan takde pun bendera parti politik.
 
ni dah lebih

93559970_2937324913003214_3474271398753468416_o.jpg

PLEASE SHARE.. UNTUK KELANGSUNGAN BANGSA MALAYSIA
Zafar ahmad ni selaku presiden Rohingya di Malaysia menuntut hak sama rata pendidikan dan kerakyatan penuh di Malaysia..ingatlah Malaysia tidak menandatangani perjanjian pelarian 1951. Oleh itu mereka dan kaum mereka yang semakin berani bersuara perlu dihantar pulang atau diusir dari Malaysia ..penjajahan moden berunsur airmata dan isu agama ..sekarang mereka siap ada NGO dan persatuan untuk menuntut hak mereka.

Org rohingya sikap dia sama dgn org sulu... hati2
 
Tak perlu layan mereka ni
Nanti rakyat jugak yang akan terkesan
Menyusahkan
 
Dulu siap buat lagu bagai kikiki..halau je semua ni..kat penang ni anak2 depa berkeliaran selamba curi kasut org,tanaman org..tak mintak lgsung
 
Back
Top
Log in Register