Terkejut kerajaan Melayu Islam halau Rohingya hingga maut di lautan
BORHAN AHMADApril 17, 2020 12:38 pm
Tindakan menghalau kapal yang membawa pelarian Rohingya sehingga menyebabkan mereka mati kelaparan di tengah laut tidak sewajarnya berlaku terutama kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan Kerajaan Melayu Islam.
Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Mohamed Hanipa Maidin berkata, “Harap harap sangat berita ni tak benar !” sambil menyiarkan laporan Bernama tentang tindakan TUDM menghalang kapal itu dari masuk ke peraiaran negara.
Berita yang dirujuk oleh Hanipa.
“Jika benar saya rasa amat sedih,” kata Hanipa dalam satu kenyataan bertulisnya kepada Malaysia Dateline.
Katanya, meskipun dilaporkan ada bagi makanan semasa mengiringi mereka keluar ( bagus dan alhamdulillah) “namun, bagi saya, lebih bagus jika lebih dari itu sebab ni katanya gomen melayu/Islam walau tebuk atap!”
Menurut Hanipa, semasa beliau dalam kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, kerajaan sangat bersifat kemanusiaan.
“Semasa saya dalam gomen dulu dan ada kesempatan banyak kali juga meeting dengan Tun.
“Saya berani kata saya amat impressed (bangga) dengan sikap kemanusiaan Tun yang saya anggap par excellence (hebat) khususnya dalam isu Rohingya walaupun dalam gomen Tun tu ada DAP!” katanya.
malaysiadateline.com
peguam sudah marah