combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 29,167
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 29,167
- Reaction score
- 351
- Points
- 141
Lebih 7,000 Etnik Rohingya Dihantar Ke Negara Ketiga Setiap Tahun Sebelum Ini - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Perangi Scam : Dua Pasukan, Satu Matlamat hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kira-kira 7,000 hingga 8,000 etnik Rohingya dihantar ke negara ketiga setiap tahun sebelum ini menerusi kerjasama antara kerajaan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail.
Bagaimanapun, beliau berkata proses itu kini terhenti susulan pelbagai kekangan yang dihadapi negara-negara terlibat.
Beliau berkata isu etnik Rohingya merupakan isu antarabangsa yang berpunca daripada situasi politik dan keselamatan di Myanmar, menyebabkan Malaysia menerima kehadiran mereka atas pertimbangan kemanusiaan.
“Malaysia mempunyai kerjasama kerajaan dengan kerajaan (G2G) dengan beberapa negara yang membolehkan pelarian Rohingya ditempatkan sementara sebelum dihantar ke negara ketiga yang memerlukan tenaga kerja atau khidmat profesional mereka.
“Kebelakangan ini, proses penempatan etnik Rohingya ke negara ketiga berdepan beberapa kekangan hingga menyebabkan pergerakan mereka ke negara berkenaan dilihat terhenti, sekali gus menimbulkan pelbagai isu yang memerlukan perhatian semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Perangi Scam: Dua Pasukan, Satu Matlamat, di sini, hari ini.
Mohd Khalid berkata selain itu Malaysia turut mengambil kira aspek kemanusiaan dalam menangani isu berkenaan, di samping memastikan keselamatan negara terus terpelihara.
"Setiap orang yang datang ke negara ini mestilah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Mereka ini tertakluk kepada undang-undang kita. Jika mereka melakukan kesalahan, kita ambil tindakan seperti juga terhadap orang lain yang datang ke negara kita," katanya.
Beliau berkata kira-kira 215,000 etnik Rohingya berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) manakala pihak berkuasa tempatan turut mempunyai rekod mereka dengan kerjasama Jabatan Imigresen bagi memudahkan pemantauan.
"Kita tahu di mana lokasi mereka dan apakah pekerjaan mereka. Jadi jika berlaku sebarang jenayah yang melibatkan mereka, mudah untuk kita mengambil tindakan bila kita tahu lokasi mereka dan sebagainya," katanya.
Loading…
www.bernama.com