BTC USD 84,364.2 Gold USD 4,140.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Roh yang tergantung

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda;

“Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya”. (Riwayat at-Tirmizi).

Islam mengharuskan seseorang itu berhutang untuk memenuhi keperluan hidup khususnya dalam perkara-perkara dharuriyyat (tersangat penting).

Umat Islam pula dituntut mengamalkan sikap tolong menolong antara satu sama lain termasuk memberikan bantuan sama ada melalui sedekah ataupun pinjaman bagi meringankan bebanan dan memenuhi keperluan yang ditanggung.

2 keadaan seseorang yang ingin berhutang:

Pertama; seseorang yang terpaksa berhutang demi memenuhi keperluan kehidupan seperti mendapatkan makanan, tempat tinggal, pakaian, pelajaran dan seumpamanya.

Kedua; seseorang yang sengaja berhutang demi memenuhi tuntutan nafsu semata-mata seperti hiburan dan perhiasan, tambahan pula peluang pinjaman mudah diperolehi.

Statistik

Pada 4 Mac 2016 sebuah akhbar tempatan melaporkan hasil daripada Kajian Indeks Sentimen Pelabur Manulife (MISI), mendapati 68 peratus daripada rakyat Malaysia dibebani dengan hutang. Ini merupakan rekod tertinggi dalam kalangan lapan Negara di Asia iaitu Filipina 41%, Singapura 33%, China dan Taiwan 32%, Hong Kong 22%, Indonesia 21% dan Jepun 15%.

Dari tahun 2010 hingga April 2015 menunjukkan daripada 107,000 individu yang telah diisytihar muflis, 23,484 daripadanya adalah golongan belia yang berumur antara 25 hingga 34 tahun.

Manakala individu yang berumur antara 35 hingga 44 tahun pula merupakan golongan tertinggi yang diisytiharkan muflis iaitu sebanyak 37,888 orang daripada jumlah keseluruhan.

AKPK%20Selesai%207835%20Kes%20Hutang_zpsqxcfz9c9.jpg

Kesan buruk di dunia dan di akhirat sebab tidak melunaskan hutang

1) Bertemu Allah SWT sebagai seorang pencuri.

Hadis: Dari Suhaib al-Khair RA bahawa Rasulullah SAW bersabda;

“Sesiapa yang berhutang lalu berniat tidak mahu membayarnya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) sebagai pencuri.” (Riwayat Ibnu Majah).

2) Perbuatan melewatkan bayaran hutang sebagai seorang yang zalim.

Hadis: Dari Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda;

“Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa (mampu) membayarnya adalah satu kezaliman.” (Riwayat Ibn Majah).

3) Dosa besar.

Hadis: Dari Abu Musa alAsy’ari RA bahawa Rasulullah SAW bersabda;

“Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah kelak, selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah di hari Hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.” (Riwayat Abu Daud).

4) Tidak diampunkan dosa walaupun mati syahid.

Hadis: Dari Abdullah Bin Amr’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda;
“Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutang” (Riwayat Muslim).

5) Rasulullah SAW sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang

Hadis: Dari Abu Hurairah RA menceritakan bahawa bila didatangkan
kepada Rasulullah SAW satu jenazah, Rasulullah SAW tidak akan bertanya tentang amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak.

Jika si mati mempunyai hutang, baginda menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah tersebut atau baginda meminta sesiapa yang sanggup menanggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang tersebut akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal. (Riwayat Muslim).

6) Kehidupan mereka dan ahli keluarga, sentiasa dalam ketakutan kerana diancam bunuh malah boleh membawa kepada membunuh diri.

Doa dan usaha:

Rasulullah SAW mengajar kita supaya sentiasa berdoa kepada Allah agar dijauh dan dibebaskan dari belenggu hutang dengan doanya yang masyhur:

“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan-Mu dari bebanan hutang dan paksaan dari orang yang memaksa”.

dont-work-hard-for-money3.jpg
 
Zaman sekarang siapa yang dapat bertahan dari berhutang tu memang mantap. Dalam cg ada ke orang macam ni? :) hidup bersederhana dan tidak berhutang.
 
orang politik apa kesah korang berhutang.diorang kesah kalau korang tak bayar cukai.:))
 
Macamana kalau kita berhutang kpd pihak yg mewajibkan riba, contohnya pihak bank? Kita cuma hutang RM10,000, tapi campur interest, kena bayar RM25,000. Dari segi hukum Islam, adakah kita cuma perlu bayar RM10,000, atau kena bayar juga amaun penuh RM25,000? Sebab baki RM15,000 tu adalah riba, dan orang Islam dilarang terlibat di dalam riba.. so macamana tu.. :-?
 
betul jugak tu..... kalau hanya mampu bayar pokok je tapi riba x mampu kat akhirat nanti yg riba tu dituntut jgk ke....:-?
 
Macamana kalau kita berhutang kpd pihak yg mewajibkan riba, contohnya pihak bank? Kita cuma hutang RM10,000, tapi campur interest, kena bayar RM25,000. Dari segi hukum Islam, adakah kita cuma perlu bayar RM10,000, atau kena bayar juga amaun penuh RM25,000? Sebab baki RM15,000 tu adalah riba, dan orang Islam dilarang terlibat di dalam riba.. so macamana tu.. :-?

makanya janganlah buat perjanjian...:))
 
Macamana kalau kita berhutang kpd pihak yg mewajibkan riba, contohnya pihak bank? Kita cuma hutang RM10,000, tapi campur interest, kena bayar RM25,000. Dari segi hukum Islam, adakah kita cuma perlu bayar RM10,000, atau kena bayar juga amaun penuh RM25,000? Sebab baki RM15,000 tu adalah riba, dan orang Islam dilarang terlibat di dalam riba.. so macamana tu.. :-?

Nego dgn pihak bank boleh tak tukar secara islami. Kalau tak boleh, Sebab dah ambil perlu selesaikan juga walaupun riba. Sebab dah ada hitam putih kan? Kalau anda tak bayar akan ada mudarat yang lebih besar seperti senarai hitam dan sebagainya.

Sebab itu memang salah anda.

Lepas tu taubat dan harap allah ampun dosa.

Tak payah ambil lagi loan riba..
 
nak buat macam mana, kalau dah tak mampu nak simpan 10k, terpaksa lah bayar riba.
 
Nego dgn pihak bank boleh tak tukar secara islami. Kalau tak boleh, Sebab dah ambil perlu selesaikan juga walaupun riba. Sebab dah ada hitam putih kan? Kalau anda tak bayar akan ada mudarat yang lebih besar seperti senarai hitam dan sebagainya.

Sebab itu memang salah anda.

Lepas tu taubat dan harap allah ampun dosa.

Tak payah ambil lagi loan riba..

Kadang kita ni ambil loan bukan sebab kita nak, tapj terpaksa, contohnya ibu sakit dan perlu dirawat segera, sedangkan kita takde tunai, jadi adakah kita sanggup biarkan ibu terus sakit macam tu jer, atau kita sanggup buat loan, dgn niat biarlah aku berdosa, asalkan ibuku sihat semula.. ini contoh jer la.. :D

Soalannya, dlm hukum islam, ada tak tertulis dlm mana2 hadis ke, ayat al quran ke, yg mengatakan tak perlu bayar part riba tu, bayar yg pokok jer ke.. bukan apa, saya ni tak arif sgt soal hukum, jadi tu yg tanya kot2 ada sapa2 tau hukum yg jelas tentang pembayaran semula riba.. maklumlah, saya tak banyak membaca.. :D
 
Back
Top
Log in Register