BTC USD 82,312.5 Gold USD 4,167.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Roh Jacko minta maaf

haqi1611

Active+ Member
Messages
3,920
Joined
Nov 12, 2008
Messages
3,920
Reaction score
18
Points
25
sssssscscs.jpg




LOS ANGELES – Roh penyanyi terkenal, Michael Jackson meminta bekas isterinya, Lisa Marie Presley supaya memaafkannya pada satu upacara pemujaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pendedahan menggemparkan itu dibuat oleh Karen Faye yang pernah menjadi jurumekap penyanyi tersebut.

Menurut Karen, dia dan Lisa menghubungi Michael yang popular dengan panggilan Jacko dengan menggunakan kuasa psikik pada minggu lalu.

“Dia (Jacko) dilihat dalam misi untuk mendekati orang yang berada dalam kehidupannya dan meminta mereka memaafkannya.

“Michael menghabiskan masa dengan menerangkan kesalahannya dan mahu kami memaafkannya,” kata Karen.

Menurutnya, roh itu kelihatan lebih gembira apabila bersama Lisa.

“Kuasa psikik itu beralih kepada saya dan menyatakan Michael memberitahu saya bahawa anda (Lisa) mengambil berat mengenai dirinya dan dia berasa amat kesal kerana pernah banyak melukakannya,” katanya.

Menurutnya, Jacko tidak membincangkan dakwaan membunuh yang dihadapi oleh doktor peribadinya, Conrad Murray.

Karen berkata: “Dia (Jacko) menyatakan dia telah dipisahkan dengan macam-macam perkara.”

Lisa yang merupakan anak perempuan legenda penyanyi rock ‘n’ roll, Elvis Presley berkahwin dengan Jacko pada 1994 namun mereka berpisah selepas hidup bersama selama 18 bulan.

Pada 2002, Lisa dilaporkan menghubungi roh bapanya bagi mendapatkan kebenarannya sebelum berkahwin dengan pelakon Nicolas Cage.

Jacko, 50, meninggal dunia pada 25 Jun tahun lalu di rumah sewanya selepas denyutan jantungnya terhenti dengan tiba-tiba. – Agensi
 
Boleh plak....Hahahaha...berita mistik camni surat khabar amik k??
 
kuasa psikik x boleh berhubung dengan roh, psikik hanya boleh berhubung dengan manusia melalui jarak jauh, jin, setan, perkara-perkara lepas (sejarah) , dan kemungkinan2 di masa hadapan.

Yang boleh berhubung atau mimpi roh ialah orang yang diberi rezeki dan kelebihan , yang termasuk dalam kategori kasyaf.
 
ade2 aje mat saleh nie~
 
lawak tul le mat salleh ni
 
Back
Top
Log in Register