BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Dia sudah minta maaf, janji takkan ulangi lagi’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Dia sudah minta maaf, janji takkan ulangi lagi’​

fasha.jpeg

FASHA sudah memaafkan pelakon yang didakwa sering datang lambat ke set penggambaran baru-baru ini.

‘Dia sudah minta maaf, janji takkan ulangi lagi’ PETALING JAYA – Pelakon terkenal, Fasha Sandha mendedahkan sudah berdamai dengan pelakon yang didakwa datang lambat ke set penggambaran baru-baru ini.

Menurut Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, pelakon tersebut sudah memohon maaf kepadanya dan dia menerima dengan hati terbuka.

“Kami sudah berdamai. Dia sudah minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatannya.

“Saya harap perkara ini dapat memberi pengajaran orang lain untuk menghormati masa,” katanya ketika ditemui di sidang media drama Doa Yang Terlindung 2, di sini, semalam.

Walaubagaimanapun, pelakon filem Anak Halal itu mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan nama pelakon tersebut.

“Saya tidak mahu mendedahkan siapa orangnya kerana kami sama-sama bergelar selebriti. Dia pun sudah minta maaf, jadi saya anggap sudah selesai,” jelasnya.

Asbab dia bersuara tentang isu pelakon yang tidak menepati masa, kata Fasha ramai rakan selebriti dilihat turut mula bersuara tentang isu sama.

“Selepas saya suarakan isu ini, saya lihat ramai juga artis yang bersuara perkara sama. Mungkin ini adalah hikmah dan permulaan buat mereka yang tidak menepati waktu untuk menghormati masa orang lain,” ujarnya.

Terdahulu, Fasha pernah ‘naik hantu’ dengan sikap seorang pelakon yang didakwa sering datang lewat ke set penggambaran hingga mengganggu jadual penggambaran.

Apa yang lebih mengecewakan, pelakon itu tidak memohon maaf dan menarik muka kepadanya.

Dalam perkembangan lain, Fasha bakal membintangi drama Doa Yang Terlindung musim kedua selepas musim pertama mendapat sambutan hangat sehingga mencecah 10 juta tontonan. – KOSMO! ONLINE
==============================
Haiya Fasha, sabar je lah beb. Ingat2, bukan semua org punctual mcm kita. Anyway, nampak latest update kat IG dia tayang bakat baking pulak. Harap2 yelah xde kene tunggu result sampai masak! 😂

 
Back
Top
Log in Register