BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man City Roberto Mancini dilantik Pengurus Manchester City

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
MANCHESTER: Mark Hughes dipecat sebagai Pengurus Manchester City semalam dan tempatnya diganti bekas jurulatih Inter Milan, Roberto Mancini, menurut pengumuman yang dibuat kelab itu awal pagi tadi.

Walaupun Manchester City hanya tewas dua kali sepanjang musim yang masih berlangsung ketika ini dan menang 4-3 dalam perlawanan menentang Sunderland pagi tadi, pemilik kelab daripada Abu Dhabi, Sheikh Mansour masih tidak berpuas hati dengan pencapaian Hughes.

Usaha Hughes untuk menjulang Manchester City tahun ini dlihat lebih sukar selepas tewas 3 - 0 kepada Tottenham Hotspurs Rabu lalu, di sebalik pelaburan melebihi 200 juta pound bagi membawa masuk beberapa pemain baru.

Pengerusi kelab itu, Khaldoon Al Mubarak, dalam kenyataannya berkata, keputusan melepaskan Hughes dibuat selepas hanya dua kemenangan dicatatkan daripada 11 perlawanan liga dan ia jelas tidak menepati sasaran yang sudah dipersetujui dan ditetapkan.

"Sheikh Mansour dan ahli lembaga pengarah merasakan tiada bukti jelas situasi itu akan berubah. Ia adalah satu pengumuman yang sukar memandangkan pelaburan peribadi yang dibuat sepanjang 15 bulan lalu.

"Kami hendak merakamkan penghargaan kepada Mark Hughes dan semoga beliau berjaya di masa depan," katanya. - AFP
 
da baguih ni,,tengok leh kejar balik x utk top 4.xpun jd top 6..
 
kita tgk la apa perubahan yg mancini leh bawak kat Man City ni...
kembang arr hidung alberq ti...

:p:p:p

klu guus hiddink mmg :)cgrock :)cgrock

 
ha ah bagus la tue..
harap leh kalah banyak sikit
 
Mancini pun aku rase x lame.. MCiteh x belajar dari Chelsea dan Spurs ker? Elok dier appoint G.Hiddink..huhu

rajagopal dah bawa team malaysia mng pingat emas sukan sea selepas 20 thn...patutnya man city appoint rajagopal jadi coach baru team diorang ni....
 
rajagopal dah bawa team malaysia mng pingat emas sukan sea selepas 20 thn...patutnya man city appoint rajagopal jadi coach baru team diorang ni....

selepas 20 tahun ekk bro????

lebih kurang ngan kop jer tu...
baik kop bid cepat bro, sblm team lain sambar...

:D:D:D:D
 
Back
Top
Log in Register